Puting beliung Moore 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puting beliung Moore 2013 merupakan puting beliung yang menyebabkan kematian berlaku pada waktu tengahari pada tanggal 20 Mei 2013. Puting beliau ini diklasifikasikan sebagai puting beliung jenis EF5, dengan kelajuan angin puncak dianggarkan 210 batu sejam (340 km/j), memberi kesan buruk dan memusnahkan Moore, Oklahoma, dan kawasan sekeliling. Ia membunuh sekurang-kurangnya 24 orang, termasuk 9 orang kanak-kanak, dan setakat ini dianggarkan lebih dari 240 mangsa tercedera. Mary Fallin, Penguasa Oklahoma, berkata serangan puting beliung yang terjadi pada 21 Mei telah menyebabkan 237 orang tercedera secara rasmi.[1]

Putig beliung tersebut diyakini sebahagian dari siri serangan puting beliung dari 18-21 Mei yang membawa kepada kemunculan beberapa puting beliung sejak 2 hari sebelumnya. Munurut saksi kaki kon puting beliung menyentuh bumi pada jam 2:45 p.m. CDT (1945 UTC) dibahagian barat Newcastle, berputar dan berlegar diatas permukaan tanah lebih kurang 50 minit, berlari pada jarak laluan 17-batu (27 km), merentasi penempatan padat penduduk di daerah Moore. Luas lebar puting beliung adalah 1.3 batu (2.1 km) ketika waktu puncaknya.

Impak[sunting | sunting sumber]

Pemandangan aerial, rajah meunjukkan impak kerosakan teruk disebabkan badai puting beliung yang kuat, gambar diambil oleh Oklahoma National Guard

Jabata Pengurusan Kecemasan Oklahoma mengatakan kira-kira 2,400 buah rumah mengalami kerosakan teruk, dianggarkand 10,000 orang menerima kesan secara langsung dan sebaliknya daripada fenomena ini. [2] Kebanyakan kawasan yang dilalui ribut mengalami kerosakan katastrofi yang sungguh teruk.[3] Anggaran tidak rasmi meletakkan jumlah kerosakan teruk atau kemusnahan bangunan adalah diantara 1,500 hingga 4,000 buah unit.[4] Kebanyakan bangunan dan binaan ranap sepenuhnya dan disifatkan seperti padang jarak padang tekukur.[5] Majoriti kawasan kejiranan yang terletak disebelah barat Pusat Perubatan Moore telah musnah.[4] [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "OKLAHOMA TORNADO". Reuters. Diperolehi pada May 21, 2013. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 9children tidak disediakan
  3. Hughes, Trevor; Jervis, Rick; Shorman, Jonthan; Welch, William M. (May 20, 2013). "Tornado had winds over 200 mph". USA Today. Diperolehi pada May 21, 2013. 
  4. 4.0 4.1 "Assessing the Damage Along the Tornado’s Path in Oklahoma". The New York Times. May 21, 2013. Diperolehi pada May 22, 2013. 
  5. Rice, Doyle; Welch, William M.; Leger, Donna Leinwand; Winter, Michael (May 20, 2013). "Monster Oklahoma tornado kills 51". USA Today. Diperolehi pada May 21, 2013. 
  6. "Massive Tornado Hits Moore, OK". The Daily Beast. May 20, 2013. Diperolehi pada May 20, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Peta[sunting | sunting sumber]