Pyotr Kapitsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pyotr Leonidovich Kapitsa
Pyotr L Kapitsa Russian physicist 1964.jpg
Kelahiran 8 Julai 1894(1894-07-08)
Kronstadt, Empayar Rusia
Kematian 8 April 1984 (umur 89)
Moscow, Kesatuan Soviet
Kerakyatan Rusia, Soviet
Bidang Fizik
Pelajar terkenal David Shoenberg
Dikenali kerana Kebendaliran super
Hadiah terkenal Pingat Franklin (1944)
Hadiah Nobel dalam Fizik (1978)

Pyotr Leonidovich Kapitsa (Rusia: Пётр Леони́дович Капи́ца]]) (8 Julai [G.L.: 26 Jun] 1894[1] – 8 April 1984) adalah seorang ahli fizik Kesatuan Soviet yang ternama dan merupakan penerima Hadiah Nobel dalam Fizik.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kapitsa telah dilahirkan di Kronstadt, Empayar Rusia. Beliau merupakan anak kepada Leonid Petrovich Kapitsa, seorang jurutera tentera yang membina kubu, dan Olga Ieronimovna Kapitsa. Pelajaran Kapitsa telah terganggu oleh Perang Dunia Pertama, ketika mana beliau telah berkhidmat sebagai pemandu ambulans di barisan hadapan Poland.[2] Beliau merupakan lulusan Institut Politeknik Petrograd pada tahun 1918. Kapitsa menyambung pelajarannya di Britain, bekerja selama lebih sepuluh tahun dengan Ernest Rutherford di Makmal Cavendish di Cambridge. Beliau dijadikan ahli Fellow of the Royal Society[3] pada tahun 1929 dan merupakan pengarah pertama (1930-34) Makmal Mond di Cambridge. Pada tahun 1920-an, beliau telah mengasaskan teknik-teknik untuk menghasilkan medan-medan magnet yang sangat kuat dengan menyalurkan arus elektrik yang tinggi dalam jangka masa pendek berulang kali melalui elektromagnet berteras udara yang dibina khas. Pada tahun 1928, Kapitsa telah menemui kebergantungan rintangan linear medan-medan magnet bagi pelbagai jenis logam dalam medan magnet teramat kuat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Britannica online
  2. James, Ioan (2004). Remarkable Physicists from Galileo to Yukawa. Cambridge: Cambridge University Press. p. 321. ISBN-0521-81687-4, ISBN 0-521-00170-6.
  3. doi:10.1098/rsbm.1985.0012
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.