Qaboos bin Said Al Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Qaboos bin Sa‘id Al Sa‘id
قابوس بن سعيد آل سعيد
Sultan Oman
Pemerintahan 23 Julai 1970 – kini
Pendahulu Sa‘id ibn Taymur
Ayahanda Sa‘id ibn Taymur
Bonda Mazwon binti Ahmad
Agama Muslim - Ibadi

Sayyed Qaboos bin Sa’id Al ‘Bu Sa’id (Bahasa Arab: قابوس بن سعيد آل بو سعيد‎; ditransliterasikan sebagai Qābūs bin Sa’īd Āl Bu Sa’īd; lahir 18 November 1940 di Salalah[1]) adalah Sultan Oman terkini. Beliau mendapat kuasa setelah menggulingkan ayahnya sendiri, Sa’id ibn Taimur, pada tahun 1970.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Masalah pertama yang langsung dihadapi Sultan Qaboos adalah pemberontakan bersenjata dari kaum Komunis di Yaman Selatan, iaitu Pemberontakan Dhofar. Beliau bagaimanapun berjaya mengalahkan serangan tersebut atas bantuan beberapa negara.

Sultan Qaboos mengamalkan monarki mutlak. Namun dalam beberapa tahun terakhir, Oman telah mengambil kebijakan ke arah demokrasi. Pemilihan parlimen secara bebas dan adil telah menghadirkan calon dan suara perempuan. Atas dukungan tersebut, Sultan kemudian bersumpah untuk turut serta dalam pemerintahan. Banyak keputusan yang diambil di dalam negeri dilaksanakan melalui persetujuan dengan pemerintahan persekutuan, wilayah, tempatan, dan wakil-wakil suku.

Tahun 1992 (1412H), Sultan Qaboos memerintahkan pembangunan masjid di wilayah Bausher di muhafazah Muscat. Ketika Sultan naik tahta pada 1970, ia telah mendirikan sebuah masjid sederhana di Muscat, namun pada 1992, ia meminta dibuatkan rancangan untuk masjid terbesar di dunia. Masjid tersebut dibuat berdasarkan seni dan seni bina Islam yang terbaik yang bukan hanya dari satu negara atau satu tradisi Islam saja. Ciri khas gaya pemerintahan Sultan Qaboos, Masjid Agung ini mahupun 2000 masjid lainnya dibangun dengan dana peribadi Sultan. Pada 5 Mei 2001, setelah enam tahun dalam pembinaan, Sultan Qaboos akhirnya bersolat di masjid negara Oman ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Al Bu Sa'id, Qaboos (1940–) - Personal history, Biographical highlights, Personal chronology, Influences and contributions, The world’s perspective, Legacy
Didahului oleh
Said bin Taimur
Sultan Oman
23 Julai 1970 - sekarang
Diikuti oleh:
masih memerintah