Rainbow Greens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rainbow Greens (Verdi Arcobaleno) ialah parti politik hijau Itali yang diasaskan pada 1989 oleh kumpulan serpihan Proletarian Democracy (Mario Capanna, Virginio Bettini, Gianni Tamino, Edo Ronchi, dan Paolo Gentiloni) dan sebilangan anggota Radical Party (Adelaide Aglietta, Adele Faccio, Francesco Rutelli, Franco Corleone, dan Marco Boato).

Rainbow Greens menyertai pilihan raya Parlimen Eropah pada 1989 atas nama Rainbow Greens for Europe (Verdi Arcobaleno per l'Europa). Pada Disember 1990, ia bergabung dengan Green Lists (Gianni Mattioli, Lino De Benetti, Gianfranco Amendola, Alexander Langer, Enrico Falqui, Sauro Turroni, dan Alfonso Pecoraro Scanio) untuk membentuk Federation of the Greens (Persekutuan Parti Politik Hijau).


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.