Raja Muda Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Raja Muda Perak atau lebih dikenali Raja Pemangku Perak ialah jawatan diraja Negeri Perak, Malaysia. Menurut hirarki kerabat diraja negeri Perak, kedudukan raja muda kedua tertinggi selepas Sultan Perak. Sistem beraja di Perak tidak dilantik mengikut nasab keturunan. Raja Muda Perak akan menjadi Sultan Perak apabila sultan meninggal dunia. Putera sulung sultan yang mangkat tidak akan menjadi Raja Muda Perak, sebaliknya menjadi Raja di-Hilir Perak. Raja di-Hilir Perak akan menjadi Raja Muda Perak apabila sultan baginda mangkat.

Raja Muda juga terdapat di negeri Perlis. Di negeri lain seperti Johor, Kedah, Kelantan, Pahang dan Selangor, raja muda digelar sebagai Tengku Mahkota atau dieja Tunku Mahkota dan dipilih menurut nasab keturunan. Manakala di Terengganu digelar sebagai Yang di-Pertuan Muda dan bagi Negeri Sembilan pula gelaran raja muda ialah Tengku Besar Seri Menanti.

Raja Muda Perak kini ialah Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.