Rajmah Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Rajmah Hussain merupakan diplomat veteran dari Malaysia. Beliau adalah duta wanita pertama Malaysia ke Amerika Syarikat.

Kerjaya diplomat[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak 32 tahun lalu. Sebagai diplomat, beliau perlu belajar kemahiran pengucapan awam dan penulisan selain mewujudkan jaringan, semuanya sebahagian daripada tugas diplomasi. Antaranya ialah roll call, proses pengundian, lobi dan etiket sosial di PBB.

GMUN[sunting | sunting sumber]

Beliau ditugaskan memberi tunjuk ajar tentang tugasan diplomat kepada belia dalam Persidangan Model Global Bangsa Bersatu 2010 (GMUN). Ia adalah sebahagian latihan simulasi persidangan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).

Karya[sunting | sunting sumber]

Buku tulisan beliau dalam bahasa Inggeris bertajuk Malaysia at the United Nations - A Study of Foreign Policy Priorities, 1957-1987.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]