Ramli Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Ramli Yusuff merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Kuala Lumpur, Malaysia. Pegawai ketiga tertinggi dalam PDRM ini dibebaskan dari tuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau kini berumur 55 tahun. Telah menyertai PDRM sejak 1979 dan merupakan pegawai tertinggi polis yang didakwa Badan Pencegah Rasuah setakat 2007. Ramli Yusuff pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan undang-undang Islam.

Ramli berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005. [1]

Beliau dikatakan akan menerima Pingat Gagah Pasukan Polis (PGPP), iaitu anugerah tertinggi tetapi dibatalkan kerana tuduhan kes ini.

Isterinya, Datin Anita Harun merupakan Hakim Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.[2]. Adiknya Ruslina Yusuff (44 tahun) dan kakaknya Rohmah @ Hasmah Yusoff (57 tahun). Kakaknya seorang suri rumah menetap di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Bapanya Yusuff berumur 83 tahun dan menghadapi pelbagai penyakit.

Isu Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 November 2007, Datuk Ramli Yusoff hadir di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah tiba dengan kereta BMW dengan 4 orang peguam. Beliau didakwa oleh BPR memiliki harta bernilai RM27 juta.

Pada 2 November 2007, Ramli Yusuff digantung tugas, ditahan kerja sehingga mahkamah memutuskan kes rasuah yang dihadapinya.

Pada 1 November 2007, Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Ramli Yusuff di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tiga tuduhan. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap 3 tuduhan itu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan 15 hingga 19 Januari 2008. Hakim Komathy Suppiah mendengar kes beliau pada pukul 3:30 petang. [3]

  1. Ramli Yusuff tidak mendedahkan maklumat mengenai ruang pejabat, Lot 144, Seksyen 44, Petak 128, Tingkat 4, bangunan M1-B, hak milik Strata Geran 37731/M1-B/4/128, Bandar Kuala Lumpur, Unit B-3A-9, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng , Kuala Lumpur. Ruang pejabat lot yang sama, Petak 127 di tingkat dan bangunan yang sama.
  2. Harta RM1,032,840 dipegang Rohmah @ Hasmah Yusoff (kakak) dan oleh Roslina Yusoff (adiknya), selaku dua pengarah Bonus Circle Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan.
  3. Ramli Yusuff tidak mendedah maklumat 154,000 saham dalam syarikat hartanah Permaju Industries Berhad kepada penyiasat Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya pada 17 Sept 2007. Kesalahan ini dibawah Seksyen 32(2) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari hingga 20 tahun dan denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
  4. Sebagai penjawat awam dan memegang jawatan sebagai pengarah JSJK, Bukit Aman, beliau terikat di sisi undang-undang supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan sebagaimana diperuntukkan di bawah peraturan 5(1)(a) Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan) 2002, telah menjadi pengarah dalam syarikat hartanah Kinsajaya Sdn Bhd. Kesalahan ini dibawah Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pembelaan[sunting | sunting sumber]

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi memohon Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan RM40,000 sebagai ikat jamin dan seorang penjamin.20 saksi akan dipanggil bagi kes gagal isytihar harta dan 15 saksi bagi kes terlibat dalam perniagaan. Pasport tertuduh hendaklah diserahkan kepada mahkamah.

Peguam bela, Datuk K. Kumaraendran memohon agar Ramli dibebaskan kerana beliau seorang pegawai kanan polis PDRM dan telah bertugas lebih 30 tahun. Pada 3 November 2007 pula, Ramli akan menunaikan umrah di Mekah dan mengerjakan fardu haji pada 8-9 Disember 2007. Wang jaminan RM20,000 dibayar oleh rakan beliau. [4]

Kegiatan Along[sunting | sunting sumber]

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum ada memberi arahan bertulis kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyiasat sindiket jenayah di Johor bergelar Datuk dan Jaksa Pendamai (JP). Jawatankuasa Bersama dan Pasukan Khas Polis Peringkat Kabinet bagi memerangi ancaman kegiatan Ah long dan perjudian dipengerusikan bersama Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.

  • JSJK dipisahkan daripada JSJ pada 1 Mei 2005. Jadi tak ada lagi Arahan Tetap Ketua Polis Negara. Sebaliknya menggunakan Arahan Tetap Ketua Polis Negara kepada JSJ. Siasatan turut menjurus kepada perjudian. Seseorang telah dibuang daerah ke Jeli, Kelantan.

Goh Cheng Poh telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Komersial Polis berdasarkan maklumat yang diterima. Malangnya pegawai penyiasat, penterjemah dan pegawai detektif pula disiasat .[5]

Tanah di Sabah[sunting | sunting sumber]

  • Semasa di Sabah, beliau dan seorang bekas jeneral tentera memohon tanah kerajaan negeri Sabah seluas 800 ekar . Sebuah syarikat persendirian telah telah dibeli bagi membangunkan tanah 800 ekar itu. Premium tanah dibayar RM500 seekar tapi baru dibayar separuh. Tanah ini belum menjadi milik sah Ramli Yusuff lagi kerana kerja ukur belum selesai dan geran tanah belum keluar.[6]
  • Pada 19 November 2007 Ramli Yusuff akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Sabah atas tuduhan lain.

Kontroversi sidang media[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 2007, Ramli Yusuff memberi sidang akhbar selama 45 minit di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur dan menafikan memiliki aset RM27 juta. Tindakan BPR membocorkan maklumat dirinya dan saksi kepada akhbar tertentu amat dikesalinya kerana siasatan belum lengkap dan fakta tidak betul sebagaimana Seksyen 21 (8), Akta Pencegahan Rasuah. Sehingga 6 September 2006, rekodnya bersih dan disahkan oleh pegawai kanan polis berpangkat pesuruhjaya polis.[7]

  • Pada 31 Oktober 2007, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan sepatutnya Ramli Yusuff selalu pegawai kanan polis tahu tata etika pegawai kerajaan yang tidak boleh mengecam BPR di media - sebuah agensi kerajaan lain. Ramli berhak mempertahankan diri di mahkamah sahaja. Sidang akhbar tidak memberi sebarang faedah. Datuk Seri Nazri Aziz turut mendakwa bahawa beliau mendapati BPR tidak membocorkan sebarang maklumat tentang nama orang yang disiasat.
  • Ruslina Yusuff (adiknya) mendapatkan nasihat peguam , Harvinderjit Singh dari Kumar Partnership di Wisma E&C di Jalan Dungun, Bukit Damansara . Ruslina disoal-siasat di Ibu Pejabat BPR Putrajaya selama 3 jam dari pukul 1:45 tengah hari.
  • Rohmah @ Hasmah Yusuff (kakaknya) disoal-siasat oleh Pengarah BPR Kelantan, Md Yusof Md Zain di ibu pejabat BPR Kota Bharu, Kelantan.

Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Perbicaraan diadakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Februari 2009. Timbalan pendakwa raya ialah Datuk Abdul Razak Musa. Hakim yang mendengar kes ini ialah M. Gunalan. Saksi Datuk Ling Keak Ming (52) menjelaskan bahawa Datuk Ramli Yusoff telah mengeluarkan 10 cek pada tahun 1999 untuk membeli 2 lot pejabat di Jalan Yap Kwan Seng bernilai RM1.032 juta. Wang itu diserahkan kepada Ling Keak Ming dan kemudian Ling membayar kepada pemaju 2 pejabat itu.

Ramli Yusoff dituduh melakukan tiga kesalahan di pejabat timbalan pendakwa raya Badan pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pada 17 September 2007. Beliau dituduh tidak mengisytiharkan pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia, 154,000 saham dalam Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua harta pejabat bernilai RM1,032,840. Syarikat Bonus Circle Sdn Bhd ditubuhkan dengan bantuan Ling dan 2 kakak Ramli Yusuff (Rohmah dan Roslinda) menjadi pengarah. Tujuan murninya adalah untuk membantu dari segi kewangan bagi menghargai jasa menjaga bapa di kampung dan seorang anak angkat .[8]


Bebas tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mac 2010,Hakim M Gunalan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan SPRM gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli Yusuff. Oleh itu tidak perlulah membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya. Beliau merupakan pegawai tertinggi PDRM yang pernah disiasat PDRM.35 saksi telah dipanggil tetapi akhirnya tiada prima facie.

Pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya menjadi mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat kongsi gelap membabitkan ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut dikaitkan . Ekoran itu, Pejabat Peguam Negara enggan mengeluarkan affidavit untuk permohonan habeas corpus untuk Goh dan Ramli dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom terpaksa mengupah peguam Rosli Dahlan untuk berbuat demikian. [9]Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa akan membuat rayuan.

Pada 25 November 2011,Hakim Datuk Ghazali Cha di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan pelepasan dan pembebasan Datuk Ramli Yusuff atas dakwaan gagal mengisytihar pemilikan saham dan kepentingan dalam dua hartanah bernilai RM1.03 juta.Ghazali berkata keputusan yang dibuat Hakim M.Gunalan terhadap Ramli adalah tepat dan tiada sebarang kesilapan.Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden dalam pertuduhan pertama hingga ketiga.Bagi pertuduhan pertama, terbukti bahawa Ramli tidak mempunyai kepentingan dalam dua bangunan pejabat milik syarikat Bonus Circle Sdn Bhd, yang mana kakak dan adik Ramli menjadi pengarahnya.Ramli juga bukanlah pengarah syarikat tersebut dan tidak memegang sebarang syer.


Bagi pertuduhan kedua iaitu gagal mengisytiharkan 154,000 unit saham Permaju Industries,jelas Ramli tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap syer dan dokumen berkaitan dengannya. Bagi pertuduhan ketiga yang membabitkan saham Telekom, ,Ramli belum lagi menjadi pemegang saham secara sah.

Pada 2007, Ramli didakwa atas tiga pertuduhan iaitu gagal mengistiharkan kepentingannya dalam hartanah berupa dua buah pejabat, pemilikan 154,000 saham Permaju Industries Berhad serta pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad. Dia didakwa melakukan semua kesalahan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya pada 17 September 2007.

Ramli diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah .Pendakwaan dilakukan oleh Mohd Sophian Zakaria.

Pada hari sama, 25 November 2011, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengekalkan pelepasan dan pembebasan Ramli daripada tuduhan memegang jawatan dalam sebuah syarikat pertanian ketika masih menjadi seorang penjawat awam, lima tahun lalu.Pada 20 Ogos 2010, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M Komathy Suppiah melepaskan dan membebaskan Ramli selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.Ramli didakwa menjadi pengarah dalam syarikat Kinsajaya Sdn Bhd (Kinsajaya) ketika masih Pengarah JSJK, Bukit Aman di sini, pada 2 Mei 2006.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1101&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
  3. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=293781
  4. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
  5. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1031&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
  6. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1031&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1031&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_05.htm&arc=hive
  8. Mahkamah: Ramli Keluarkan 10 Cek Beli Ruang Pejabat
  9. Mahkamah lepaskan bekas ketua JSJ komersial
  10. Ramli Yusuff bebas, mahkamah tolak rayuan pendakwa