Rancangan televisyen realiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rancangan televisyen realiti (bahasa Inggeris: reality TV atau reality show) ialah satu genre rancangan televisyen yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp, merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun-tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun 2000. Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti.

Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada rancangan permainan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big Brother.

Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi rancangan-rancangan yang dimaksudkannya. Rancangan sedemikian sering menggambarkan bentuk realiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran, yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam cara-cara tertentu oleh pengendali luar skrin, dan peristiwa-peristiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pascapenerbitan yang lain.

Senarai rancangan televisyen realiti buatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rancangan Realiti Buatan Jerman[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]