Ranchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ranchi
Metropolis
Peta India.

Bendera
Ranchi yang terletak di India
Ranchi
Koordinat: 23°21′U 85°20′T / 23.35°U 85.33°T / 23.35; 85.33Koordinat: 23°21′U 85°20′T / 23.35°U 85.33°T / 23.35; 85.33
Negara India
Negeri Jharkhand
Daerah Ranchi
Kerajaan
 • Datuk Bandar Rama Khalkho
Keluasan
 • Jumlah 175.12 km2 (67.61 sq mi)
Ketinggian 629 m (2,064 ft)
Populasi (2011)
 • Jumlah 1,126,741
 • Kedudukan 46
 • Kepadatan 6,400/km2 (17,000/sq mi)
Zon waktu IST (UTC+5:30)
PIN 834001

Ranchi (Hindi राँची ) adalah ibu negeri bagi negeri Jharkhand. Ranchi juga merupakan pusat bagi gerakan Jharkhand [1] yang menuntut satu negeri berlainan bagi kawasan kepuakan di selatan Bihar, utara Orissa, barat Bengal Barat dan timur Chhattisgarh. Negeri Jharkhand dibentuk pada 15 November 2000 dengan memisahkan daerah Chota Nagpur dan Santhal Parganas dari negeri Bihar.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian India pada tahun 2011, Ranchi mempunyai 1,126,741 orang penduduk membuatkannya sebagai bandar ke-46 terbesar di India dan ke-3 terbesar di Jharkhand selepas Jamshedpur dan Dhanbad. Peratusan penduduk lelaki adalah 51.3% dan wanita 48.7%. Ranchi mempunyai kadar celik huruf sebanyak 77.13% (bancian 2011), lebih tinggi daripada kadar celik huruf kebangsaan 74.04%: kadar celik huruf lelaki adalah 85.63%, dan wanita 68.2%. Di Ranchi, 13% daripada penduduknya merupakan penduduk berumur di bawah 6 tahun.

Bilangan penduduk di Ranchi meningkat dengan mendadak selepas pembentukan negeri Jharkhand pada tahun 2000. Ini juga adalah kesan daripada peningkatan peluang pekerjaan dan pembukaan pelbagai pejabat, bank, dan juga syarikat barang pengguna laris. Mengikut kajian yang dilakukan oleh ASSOCHAM pada akhir tahun 2000, Ranchi adalah penjana pekerjaan tertinggi di India bagi bandar kelas 3 dengan 16.8%, diikuti dengan Mangalore dan Mysore.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Ciptakan templat Tunas-India
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.