Bahasa Hindi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hindi.svg
Bahasa Hindi
हिन्दी, हिंदी hindī
asli ke India
wilayah Asia Selatan
asli penutur 480 juta asli, 800 juta jumlah  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Sistem penulisan Skrip Devanagari
status rasmi
Bahasa rasmi di India (Kesatuan kerajaan)
Dikawal oleh Central Hindi Directorate [1]
kod bahasa
ISO 639-1 hi
ISO 639-2 hin
 
Skrip Indic
Laman ini mengandungi teks Indic. Tanpa menjadikan sokongan anda mungkin melihat vokal janggal berposisi dan kekurangan bergabung. Lebih...

Bahasa Hindi (हिन्दी hindī) ialah bahasa kebangsaan India. Bahasa Indo-Eropah ini merupakan sebahagian daripada kontinum dialek untuk famili bahasa Indo-Arya dan ditutur khususnya di India Utara, Tengah, dan Barat. Penggunaan bahasa Hindi tertumpu kepada kawasan-kawasan berikut:

Melihatkan kepopularan bahasa Hindi, Perkhidmatan Dunia BBC memulakan Berita dalam bahasa Hindi pada tahun 1940.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Asal-usul perkataan "Hindi" mungkin merupakan perkataan bahasa Sanskrit Sindhu (सिन्धु). Orang Zoroaster yang pernah menjadi jiran India menyebut "Sindhu" sebagai "Hindu" dalam bahasa Avesta mereka, sebagai rujukan kepada orang yang tinggal berdekatan atau di seberang Sungai Sindhu River, maka tempat tinggal mereka digelar "Hindustan". Perkataan Sanskrit Sindhu dalam bentuk bahasa Avestanya Hindu (bagi orang India), Hind (bagi negara India) dan Hindi (bagi bahasa India) diturunkan kepada bahasa-bahasa Iran moden seperti bahasa Farsi dan Pahlavi.

Dalam konteks moden, perkataan Hindī merangkumi Hind "India", dan akhiran adjektif ī. Maka Hindī diterjemah sebgai "(berkeperihalan) India". Dalam zaman sekarang, Hindī dalam erti sedemikian kian kurang diterima; sebaliknya maksudnya hanya merupakan bahasa yang membawa nama ini.[1]

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih kurang 11 bunyi vokal dan 35 konsonan dalam bahasa Hindī baku, seperti yang berikut:

Vokal[sunting | sunting sumber]

Bunyi-bunyi vokal bahasa Hindi, amsing-masing besertakan simbol Devanagari tunggal, tanda diakritik dengan huruf konsonan प (p), sebutan (vokal itu sendiri serta vokal yang menyusuli /p/) dalam IPA, simbol IAST yang setara dan bunyi yang setara dalam bahasa Melayu (melainkan dinyatakan) adalah seperti beikut:

The vowel phonemes of Hindi
Huruf Tanda diarkitik dengan प Sebutan Sebutan dengan /p/ Persamaan IAST Huraian
/ə/ /pə/ a seperti e dalam enam; lazimnya vokal pendek
पा /ɑː/ /pɑː/ ā seperti a dalam father (bahasa Inggeris); vokal panjang dihasilkan dari belakang mulut
पि /i/ /pI/ i seperti i dalam bimbang; vokal pendek
पी /iː/ /piː/ ī seperti i dalam kirim; vokal panjang
पु /u/ /pu/ u seperti u dalam tumpang; vokal pendek
पू /uː/ /puː/ ū seperti u dalam lembu; vokal panjang
पे /eː/ /peː/ e seperti e dalam enak; vokal panjang
पै /ɛː/ /pɛː/ ai seperi fonem e di atas, tetapi dengan bibir lebih terbuka
पो /οː/ /pοː/ o seperti o dalam tolong; vokal panjang
पौ /ɔː/ /pɔː/ au seperti fonem o di atas, tetapi dengan bibir lebih terbuka

Nota tambahan bagi vokal[sunting | sunting sumber]

  • Bunyi vokal buka-tengah hadapan tidak berbulat (/ɛ/: seperti fonem ai bahasa Hindi yang lebih pendek) mungkin merupakan alofon bersyarat bagi schwa. Maka, sebutan huruf vokal अ dada dua bentuknya. Apabila bunyi vokal ini diikuti oleh /h/ di tengah perkataan, atau mengelilingi /h/ di tengah perkataan, atau diikuti oleh /h/ di akhir perkataan, berlakunya perubahan alofon padanya menjadi /ɛ/ yang pendek. Dalam kes-kes lain ia menjadi schwa. Maka, perkataan-perkataan शहर, रहना, कह masing-masing disebut sebagai /ʃɛhɛr/, /rɛhnɑː/ dan /kɛh/ dan bukannya /ʃəhər/, /rəhənɑː/ dan /kəh/. ini juga berlaku dalam kata pinjaman dari bahasa Inggeris, yang mana kadang-kala simbol vokal baru ऍ dipakai (candra: पॅ). cth. "pen": पॅन.
  • Bunyi vokal buka belakang berbulat (/ɒ/: seperti o dalam "hot" dalam bahasa Inggerus), tidak wujud langsung dalam bahasa Hindi, melainkan kata pinjamana bahasa Inggeris. Dalam daftar ejaan, simbol baru ऑ (पॉ) direka untuk kes ini. Jika dimasukkan dalam fonologi bahasa Hindi, ini memjadikan vokal fonemik bahasa ini menjadi 11.
  • Terdapat vokal tambahan yang dirangkumi dalam huruf Hindi, iaitu:
    • ऋ (asalnya dalam bahasa Sanskrit sebagai anggaran retrofleks sukuan berupa vokal), disebut dalam bahasa Hindi moden sebagai /ri/, hanya dipakai dalam kata pinjaman bahasa Sanskrit (पृ).
    • अं (anusvāra), disebut /əŋ/. Diakritiknya (titik di bahagian atas) digunakan untuk pelbagai tujuan, merangkumi penyengauan vokal, dan pewakilan konsonan-konsonan nasal /n/, /m/, /ɳ/, /ɲ/, /ŋ/ sebelum satu konsonan seterusnya. Ini menghasilkan ejaan alternatif bagi sesetengah perkataan. Contohnya, perkataan "Hindi" sendiri ada dua ejaan: हिन्दी dan हिंदी.
    • अः (visarga), disebut /əh/. Hanya digunakan dalam kata pinjaman bahasa Sanskrit (पः).
    • Diakritik अँ (candrabindu), tidak tersenarai secara rasmi dalam huruf-huruf, sering ditukar ganti dengan anusvāra untuk menandakan penyengauan vokal (पँ).

Pengguguran schwa pada akhir perkataan Hindi (bagi pinjaman Sanskrit) banyak menyusahkan orang asing yang belajar bahasa ini. Contohnya:

Perkataan Hindi/Sanskrit Transliterasi biasa Sebutan Sanskrit Sebutan Hindi sebutan bahasa luar India
शिव—satu dewa Shiva /ɕiʋə/ /ʃiʋ/ /ʃiːvə/
वरुण—satu dewa Varuna /ʋəruɳə/ /ʋəruɳ/ /vʌɹuːnə/
वेद—suatu catatan Veda /ʋeːd̪ə/ /ʋeːd̪/ /veɪdə/
राम—seorang wira Rama atau Rāma /rɑːmə/ /rɑːm/ /ɹɑːmə/
कामसूत्र—panduan cinta Kamasutra /kɑːməsuːt̪rə/ /kɑːmː suːt̪r̩/ atau /kɑːm suːt̪rə/ /kɑːmə suːtɹə/
अशोक—seorang maahraja Ashoka atau Asoka /əɕoːkə/ /əʃoːk/ /ʌsəʊkə/

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Hindi mengandungi sistem konsonan yang besar dengan kira-kira 38 fonem berbeza. Bilangan tepat tidak dapat dihasilkan kerana kepelbagaian dialek setempat Hindi menonjolkan perbezaan dalam himpunan konsonannya. Perangkuman konsonan-konsonan asing ke dalam bahasa Hindi baku juga diperdebat. Teras tradisional sistem konsonan yang diwarisi daripada bahasa Sanskrit ini terdiri daripada satu matriks 20 plosif, 5 nasal, dan 8 sonoran/frikatif. sistem ini diisi lagi dengan 5 bunyi yang berasal daripada bahasa Farsi, tetapi sekarang dianggap sebagai bunyi Hindi. Jadual berikut memaparkan fonologi konsonan Hindi. Diingatkan bahawa segala konsonan nasal, kericauan, kibasan, anggaran dan anggaran lateral dalam bahasa Hindi dianggap sebagai konsonan bersuara.

Bibir Bibir-
gigi
Gigi Alveolar Retrofleks Post-alveolar/
Lelangit
Velum Uvula Peti
Suara
Plosif (biasa)
Plosif (beraspirasi)
p
b

t̪ʰ

d̪ʱ
ʈ
ʈʰ
ɖ
ɖʱ
k
g
q
Afrikat ʧ or
ʧʰ or cɕʰ
ʤ or ɟʝ
ʤʱ or ɟʝʱ
Nasal m n (ɳ) (ɲ) (ŋ)
Fricatives f x ɣ (χ) (ʁ) (h) ɦ
Sibilants s z ʂ ʃ
Kibasan ɽ
ɽʱ
Anggaran ʋ ɹ j
Anggaran lateral l

25 konsonan hentian ini dibahagikan kepada lima kumpulan, yang mana setiap kumpulan ini berkongsi kedudukan lafazan yang sama. Kedudukan-kedudukan tersebut dalam susunan lazimnya ialah: velum, retrofleks, lelangit, gigi, dan bibir. Dalam setiap kedudukan ini, terdapat lima konsonan berbeza, dengan konsonan oral dan satu konsonan nasal. Konsonan oral ini terdiri daripada konsonan bersuara, beraspirasi, kedua-duanya, atau tiadanya sedemikian.

Jadual berikut menunjukkan penyenaraian lazim bagi konsonan-konsonan bahasa Hindi (dalam skrip Devanagari) besertakan persamaannya dalam bahasa Melayu/lain. Setiap konsonan yang ditunjukkan ini dianggap sebagai diikuti vokal neutral schwa (/ə/), dan dinamakan dalam jadual sedemikan. Persamaan rumi yang biasanya digunakan untuk mentranskripsi perkataan Hindi dalam transliterasi kasual turut diberi dalam baris kedua.

Plosif
Biasa
Tidak bersuara
Kuat
Tidak bersuara
Biasa
Bersuara
Kuat
Bersuara
Nasal
Velum /kə/
k; kampung
/kʰə/
kh; k yang kuat
/gə/
g; garam
/gʱə/
gh; g yang kuat
/ŋə/
n; siang
Lelangit /cɕə / or / tʃə/
ch; cermin
/cɕʰə / or /tʃʰə/
chh; ch yang kuat
/ɟʝə / or / dʒə/
j; jam
/ɟʝʱə / or / dʒʱə/
jh; j yang kuat
/ɲə/
n; senja
Retrofleks /ʈə/
t; seperti "t" dalam teksi dengan lidah digulung ke belakang
/ʈʰə/
th; seperti "t" di atas, disebut dengan kuat
/ɖə/
d; seperti "d" dalam dalam dengan lidah digulung ke belakang
/ɖʱə/
dh; seperti "d" di atas, disebut dengan kuat
/ɳə/
n; seperti "n" dalam nuri dengan lidah digulung ke belakang
Apiko-Dental /t̪ə/
t; teksi
/t̪ʰə/
th; t yang kuat
/d̪ə/
d; dalam
/d̪ʱə/
dh; d yang kuat
/nə/
n; nuri
Bibir /pə/
p; pusing
/pʰə/
ph; p yang kuat
/bə/
b; buat
/bʱə/
bh; b yang kuar
/mə/
m; mana
Bukan plosif
Lelangit Retrofleks Gigi/
Alveolar
Velum/
Peti suara
Anggaran /jə/
y; yang
/rə/
r; rahang; lidah digetarkan
/lə/
l;lain
/ʋə/
v; antara "w" dan "v"
Frikatif /ʃə/
sh; syarat
/ʂə/
sh; sh yang diretrofleks
/sə/
s; sama
/ɦə / atau / hə/
h; hanya

Selain jadual huruf-huruf Hindi tradisional tadi, terdapat juga tiga gugusan konsonan: क्ष /kʃə/, त्र /t̪rə/ dan ज्ञ /gjə/ (sebutan yang diberi untuk bahasa Hindi). Selain itu, bunyi-bunyi dari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Farsi dan Arab ditulis dengan tanda titik (bindu atau nukta) di bawah huruf yang paling hampir serupa bunyinya, namun huruf-huruf tersebut tidak terangkum dalam senarai tradisional. Kebanyakan penutur asli bahasa Hindi tidak menyebut bunyi-bunyi ini (kecuali /ɽ / dan / ɽʱ/), sebaliknya menggantikannya dengan bunyi paling hampir, seperti yang ditunjukkan di kolum ke-4 dalam jadual berikut.

Bunyi tambahan
Lambang Sebutan IPA dan Nama Persamaan dalam bahasa lain Sering diganti oleh:
क़ /qə/ plosif uvula tidak bersuara Qur'an /k/
ख़ /xə/ frikatif velar tidak bersuara khidmat /kʰ/
ग़ /ɣə/ frikatif velar bersuara ghazal /g/
ज़ /zə/ frikatif alveolar bersuara zoo /ɟ / or / dʒ/
य़ /ʒ/ frikatif postalveolar bersuara bonjour (bahasa Perancis) /dʒ/
ड़ /ɽə/ kibasan retrofleks tidak beraspirasi serupa dengan perkataan bahasa Inggeris butter yang disebut dengan longgar
ढ़ /ɽʱə/ kibasan retrofleks beraspirasi serupa dengan ड़ tetapi lebih kuat
फ़ /fə/ frikatif bibir-gigi tidak bersuara faham /pʰ/

ड़ /ɽə/ dan ढ़ /ɽʱə/ bukanlah berasal daripada bahasa Farsi/Arab, sebaliknya merupakan variasi alofon bagi konsonan retrofleks bersuara ringkas dalam bahasa Sanskrit.

Frasa-frasa penting[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu Hindi (Transliterasi) Hindi (Devanagari)
Hindi

Hindī || हिन्दी

Inggeris

Angrezī || अंग्रेज़ी

Melayu

Malāy || मलाय

Ya

n || हाँ

Anda

āp (kepada orang yang lebih tua/terhormat) || आप

Kamu

Tum (kepada kanak-kanak/orang yang lebih muda) || तुम

Kau

Tū (secara intim) || तू

Tidak

Nahīn || नहीं

Helo

Namaste || नमस्ते

Jumpa lagi

Namaste, Alvidā, Khudā Hāfiz || नमस्ते, अलविदा, ख़ुदा हाफ़िज़

Apa khabar?

āp Kaisé Hain? || आप कैसे हैं?

Jumpa lagi

Phir Milengé || फिर मिलेंगे

Terima kasih

Dhanyavād || धन्यवाद

Maaf

Kshamā Kījiyé, (juga Māf Kījiyé) || क्षमा कीजिये (माफ कीजिये)

Kenapa?

Kyon? || क्यों?

Siapa?

Kaun? || कौन?

Apa?

Kyā? || क्या?

Bila?

Kab? || कब?

Di mana?

Kahān? || कहाँ?

Bagaimana?

Kāisé? || कैसे?

Berapa?

Kitné? || कितने?

Saya tak faham.

Main samjha nahīn || मैं समझा नहीं

Tolong saya!

Meré maddath kījiyé / Sahāyatā kījié! || मेरी मदद कीजिये / सहायता कीजिये

Bolehkah anda berbahasa Inggeris?

Kyā āp angrezī bolté hain? || क्या आप अंग्रेज़ी बोलते हैं?

Pukul berapa?

Samay kyā hua? / kitné bajé hain? || समय क्या हुआ? / कितने बजे हैं?

Saya tak tahu

Mujhé nahīn pata || मुझे नहीं पता

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. McGregor, R.S. (1993) Oxford Hindi-English Dictionary. Oxford University Press, USA. Reprint 2004. p. 1071.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Bhatia, Tej K A History of the Hindi Grammatical Tradition. Leiden, Nehterlands & New York, NY : E.J. Brill, 1987. ISBN 90-04-07924-6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar rencana ini (4 bahagian) · (info)
Bahagian 1 · Bahagian 2 · Bahagian 3 · Bahagian 4
Spoken Wikipedia
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2006-03-05, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)
Wikipedia
Wikipedia Bahasa Hindi, ensiklopedia bebas
Wikibuku
Wikibuku mempunyai lebih lagi topik mengenai