Randai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persembahan Randai di Padang Panjang
Persembahan video Randai

Randai merupakan persembahan teater etnik Minangkabau yang menggabungkan seni muzik, tarian, drama, nyanyian dan pencak silat. Randai biasanya dipersembahkan bagi upacara tradisi dan perayaan, dan kisah panjang mungkin memakan masa beberapa malam.[1] Ia dipersembahkan sebagai teater dalam bulatan bagi mencapai persamaan dan penyatuan antara penonton dan peserta.[2] Persembahan Randai merupakan gabungan tarian, seni bela diri, tarian rakyat, nyanyian, dan lakonan. Kisah disampaikan melalui lakonan dan nyanyian dan kebanyakannya berasaskan lagenda Minangkabau dan cerita rakyat.[1]

Randai berasal awal abad ke-20 hasil gabungan seni bela diri tempatan, penceritaan dan tradisi persembahan lain.[3] Lelaki biasanya memainkan peranan kedua-dua watak lelaki dan perempuan dalam cerita, tetapi sejak 1960-an wanita juga turut serta.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Pauka, Kirstin (1998). "The Daughters Take Over? Female Performers in Randai Theatre". The Drama Review 42 (1): 113–121. doi:10.1162/105420498760308706. 
  2. Pauka, Kirstin (2003). "Umbuik Mudo and the Magic Flute: A Randai Dance-Drama". Asian Theatre Journal 20 (2). 
  3. Cohen, Matthew Isaac (2003). "Look at the Clouds: Migration and West Sumatran ‘Popular’ Theatre". New Theatre Quarterly 19 (3): 214–229. doi:10.1017/S0266464X03000125. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]