Rangi dan Papa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukiran kayu gambaran Papa (kiri, bercacah di mulut) dan Rangi (bercacah di muka) yang saling memeluk erat

Ranginui dan Papatūānuku masing-masing merupakan dewa langit dan dewi bumi dalam kepercayaan orang Māori. Dua-dua lembaga ini memainkan peranan penting dalam cerita penciptaan dunia yang difahamkan dalam budaya kaum disebut.

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Penciptaan dunia[sunting | sunting sumber]

Ranginui diceritakan berpasangan dahulu dengan Poharua Te Po lalu adanya 3 orang anak, dia kemudiannya berpasangan dengan Papatūānuku yang mewujudkan Tāwhirimatea, Tāne dan Tangaroa antara lainnya.[1]:18 Kedua-dua mereka saling menyayangi sehingga berpelukan erat menyusahkan anak-anak mereka yang terhimpit di tengah. Maka, anak-anak ini berpakat memisahkan mereka agar mudah terlepas.

Suatu cadangan dibuat salah satu dewa anak ini di mana kedua ibu bapa mereka ditolak; cadangan sepakat diterima semua adik-beradik ini;[2]:7–10 banyak suku yang menyatakan dewa tersebut adalah Tāne, namun suku-suku di Taranaki lebih menyatakan ia dicadangkan Tangaroa.[3]

Pemisahan ini begitu dahsyat sehinggakan terbelahnya alam lalu menjadi duluan kepada alam semesta serta langit dan bumi.[1]:19 Tāne dan adik-beradiknya kekal bersama Papatūānuku di mana mereka menghiasinya dengan pelbagai ciri muka bumi serta menciptakan banyak makhluk yang mendiaminya, namun Tāwhirimatea kekal bersama ayahnya dan sering mengamuk menurunkan angin dan ribut kencang.[1]:19–20

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mitchell, Hilary (2004). History of Māori of Nelson and Marlborough. Wellington: Huia Publishers. m/s. 18–20. ISBN 1-86969-087-7.
  2. ^ Grey, George (1976) [1956]. Polynesian Mythology (ed. Illustrated). Christchurch: Whitcombe and Tombs.
  3. ^ Smith, A. (1993). Songs and Stories of Taranaki from the Writings of Te Kahui Kararehe. Christchurch: MacMillan Brown Centre for Pacific Studies. m/s. 1–2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]