Ribut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Awan pentas yang dikaitkan dengan ribut petir di Enschede, Belanda
Ribut kencang akibat Taufan Sanvu di Hong Kong

Ribut merupakan gangguan atmosfera planet, terutamanya yang mempengaruhi permukaan dan membayangkan cuaca buruk. Ia mungkin ditandai dengan angin kencang, guruh dan kilat (ribut petir), kerpasan seperti hujan dan ais (hujan batu), atau angin yang membawa lain-lain zarah melalui atmosfera (seperti ribut pasir dan ribut salji). Ribut boleh berlaku di laut, di darat dan di udara.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Ribut terjadi apabila suatu pusat tekanan rendah terbentuk dengan dikelilingi oleh suatu sistem bertekanan tinggi. Kombinasi daya yang berlawanan ini dapat menghasilkan angin dan menimbulkan pembentukan awan ribut, seperti awan kumulonimbus. Kawasan kecil tersetempat yang bertekanan rendah dapat terbentuk dari udara panas yang naik dari permukaan yang panas, yang akan menimbulkan gangguan yang lebih kecil seperti pusar debu atau puting beliung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]