Rasli Buang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TPR Rasli Buang
Kelahiran
Rasli Buang

Kampung Buntal Lumut, Kuching, Sarawak
Meninggal dunia6 Jul 1971
Hutan Perlop
Sebab kematianBertempur dengan pemberontak komunis
Warganegara Malaysia
PekerjaanArmy - TPR
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa

TPR Rasli Buang adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari berasal dari Kampung Buntal Lumut, Kuching, Sarawak. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jul 1972 di atas keberaniannya semasa pertempuran antara Terup No. 3, Skuadron X dengan pemberontak komunis semasa menjalankan operasi di Hutan Perlop.

Dalam pertempuran tersebut yang berlaku pada 6 Jul 1971, Terup No. 3, Skuadron X yang turut dianggotai oleh Tpr Rasli ditugaskan ke Hutan Perlop untuk misi khas memusnahkan musuh. Semasa sedang meronda, mereka telah diserang hendap oleh segerombolan pemberontak komunis.

Dalam serangan tersebut, dua anggota mendapat kecederaan akibat ditembak, Tpr Rasli membalas tembakan musuh sambil bergerak dengan berani berusaha untuk menghampiri rakannya yang tercedera bagi memberikan bantuan. Dalam usaha tersebut, Tpr Rasli terkena satu tembakan pemberontak pada bahagian lehernya dan terkorban ditempat kejadian.

Dalam pertempuran itu, angka kematian mahupun kecederaan bagi pihak musuh tidak diperolehi sementara Terup No. 3 mengalami dua kematian dan seorang tercedera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]