Real Chukai F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Real Chukai FC
RealChukaiFC.jpg
Nama penuhReal Chukai Football Club
Diasaskan2015
StadiumStadium Mak Chili Stadium, Kemaman
PemilikGlorious Innovation Sdn Bhd
PengerusiAhmad Mat Zin
CEO
COO
Amirrul Hakim Osman
Mohammad Fadhil Mat Nor
JurulatihMohd Nik
LigaLiga M3

Kelab bola sepak Real Chukai atau Real Chukai FC ialah sebuah kelab bola sepak amatur yang bertapak di Kemaman, Terengganu. Kelab ini sedang bersaing dalam Liga M3, divisyen ketiga dalam liga bola sepak Malaysia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Diasaskan pada 2015, Real Chukai membuat kemunculan dalam bola sepak Malaysia dengan menyertai liga tahap kelima Malaysia pada 2015. Kelab ini telah memenangi kejuaraan pertama mereka pada 2017 selepas menentang PBSMT-Lanjerket dalam perlawanan akhir.[2]

Pada 13 Februari 2018, Real Chukai bersaing dalam Piala FA Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah kelab tersebut.[3]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Real Chukai muncul sebagai kelab amatur pertama di Terengganu yang menguruskan fasiliti stadium sendiri melalui syarikat Glorious Innovation Sdn. Bhd. yang diperbadankan dan berkonsepkan kerjasama awam–swasta. Persetujuan mengambil alih Stadium Mak Chili dari pihak Majlis Perbandaran Kemaman bermula awal tahun 2020 menyaksikan Real Chukai diberi hak komersial sepenuhnya dalam pengurusan stadium tersebut[4].

Pemilik dan Penajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengeluar kit Penaja baju
2015-2016 Kobert IKY Naga
2017 Kaki Jersi Tulangis Group
2018
2019-2020 Kolej Universiti TATI
2021 Voltra

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

  • Liga Premier Liga Amatur Terengganu
Naib juara: 2018
  • Selangor Champions League (SCL) All Stars
Juara: 2018

Piala[sunting | sunting sumber]

  • Piala Liga Amatur Terengganu (Liga M5)
Juara: 2017

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Terengganu Amateur League". SemuanyaBola.com. Dicapai pada 6 February 2018.
  2. ^ "Real Chukai julang Piala TAL 2017". SinarHarian. Dicapai pada 7 October 2018.
  3. ^ "FA Cup expansion sees record 40 teams entered". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 19 January 2018. Dicapai pada 25 October 2018.
  4. ^ Sulaiman (18 Januari 2021). "Real Chukai FC Kelab Amatur Pertama Di Terengganu Memiliki Fasiliti Stadium Sendiri". Vocket FC. Dicapai pada 1 April 2021.