Recoleta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Recoleta adalah salah satu kawasan pelancongan yang terkemuka di Buenos Aires. Namanya berasal dari sebuah Franciscan convent yang ditubuhkan pada 1716. Kawasan ini mempunyai banyak bangunan ala Eropah terutamanya senireka dari Itali dan Perancis. Tempat yang paling terkenal ialah “Cementerio de la Recoleta” (Kawasan Perkuburan Recoleta),yang kaya dengan sejarah serta senirekanya yang menarik dan juga makam-makam yang terkenal. Antara tokoh yang dikebumikan disini termasuklah Dorrego dan Evita Peron.

Berhampiran dengan perkuburan ini terdapat "Junin street", dimana terdapat banyak restoran, disko dan bars. Jalan ini merupakan tempat tumpuan ramai porteños dan para pelancong terutamanya pada hujung minggu.

Acara kesenian sering diadakan disini dan kebanyakannya akan diadakan di Centro Municipal de Exposiciones, satu pusat pameran terbesar di kawasan ini.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.