Buenos Aires

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 34°36′12″S 58°22′54″B / 34.60333°S 58.38167°B / -34.60333; -58.38167

Buenos Aires
Bendera Buenos Aires
Bendera
Moto: "Reina del Plata"  
(Latin) "Permaisuri di River Plate"
Negara Bendera Argentina Argentina
Penubuhan 1580
Taraf bandar raya 1880
Kerajaan
 - Ketua Kerajaan Mauricio Macri
Kawasan
 - City 78.4 batu persegi (203 km²)
Kepadatan (2003)
 - City 2,768,772
 - Metro 13,349,000
Laman web: Buenos Aires

Buenos Aires adalah ibu negara dan bandar terbesar di Argentina. Ia adalah terletak geografi pada pesisiran selatan Río de la Plata, di tenggara pantai untuk benua Amerika Selatan. Bandar raya Buenos Aires terletak di luar Wilayah Buenos Aires dan oleh itu bukan sebahagian daripada wilayah. Ia adalah juga bukan ibu negeri wilayah Buenos Aires tetapi adalah sebaliknya satu buah bandar berautonomi. Greater Buenos Aires adalah bandar gabungan ketiga terbesar dalam Amerika Latin, dengan jumlah penduduk kira-kira 13 juta.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Seorang pelayar Sepanyol, Juan Díaz de Solís, merupakan orang Eropah pertama yang telah tiba di Río de la Plata pada 1516. Malangnya, ekspedisinya di sini berakhir apabila beliau terbunuh akibat serangan puak Charrúa dari kawasan yang kini negara Uruguay.

Bandar raya Buenos Aires pada mulanya dikenali sebagai Ciudad de Nuestra Señora Santa María del Buen Ayre (Bahasa Sepanyol: "Bandar raya Santos Maria dari Angin yang Baik") pada 2 Februari, 1536 oleh satu lagi ekspedisi Sepanyol yang diketuai Pedro de Mendoza. Kawasan yang dijumpai Mendoza terletak di tempat yang kini dipanggil San Telmo yang berada di selatan pusat bandar raya Buenos Aires.

Walaupun satu penempatan kecil telah didirikan di sana, namun ia tidak dapat bertahan lama. Kawasan ini kerap diserang puak asli tempatan dan penduduknya terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat. Akibatnya, pada 1541 bandar raya ini telah ditinggalnya dan satu penempatan baru didirkan pula di Asunción (yang kini ibunegara Paraguay). Bandar raya Asunción telah ditemui oleh seorang penjelajah Sepanyol iaitu Juan de Garay (1528-1583) yang pada 1542, telah dilantik oleh Juan Torres de Vera y Aragón untuk menemui satu pusat yang strategik agar Sepanyol boleh menjajah rantau Amerika Selatan dan menduduki kawasan di pesisiran pantai. Selepas menemui Asunción, beliau telah meneruskan pelayarannya ke River Plate dan tiba di suatu tempat (kini Mayo Square) dan menubuhkan semula penempatan di Buenos Aires pada 11 Jun, 1580. Beliau menamakan bandar raya ini Santísima Trinidad dan pelabuhannya Santa María de los Buenos Ayres.


[sunting] Sejarah Koloni

Selama 200 tahun, Buenos Aires yang berada di bawah jajahan wizurai Sepanyol di Lima, Peru telah menjadi sebuah pekan yang dipinggirkan dan dibayangi oleh pelabuhan yang lebih besar iaitu di Callao, Peru. Pertumbuhan Buenos Aires dikekang oleh peraturan perdagangan Sepanyol yang ketat yang menghendaki kapal dagangan yang melalui Amerika Selatan untuk berlabuh di Callao, sebelum ianya diangkut ke Panama dan kemudiannya dipindah ke kapal-kapal lain yang menuju ke Sepanyol.

Jarak yang jauh di antara Lima dan Buenos Aires telah memberi sedikit kebebasan kepada masyarakat Buenos Aires (yang dikenali sebagai Porteños) untuk mewujudkan identiti mereka yang tersendiri. Mereka telah disamakan dengan puak Gaucho, koiboi daripada Argentina yang terkenal dengan sifat yang bebas dan berdikari. Walaupun pun mereka seolah-olah dianak tirikan oleh kerajaan Sepanyol yang berpusat di Lima, namun mereka tidak berputus asa dan berusaha untuk memajukan ekonomi di Buenos Aires.

Pada awal abad ke-18, tanah di Barat dan Utara Buenos Aires yang subur telah mengeluarkan beribu tan gandum dan daging lembu dan juga kulit lembu. Pihak British telah mengambil kesempatan atas peminggiran pelabuhan Buenos Aires dan menjadikannya pusat penyeludupan bahan mentah tersebut ke pasaran di Brazil dan kepulauan Caribbean. Tindakan British ini telah menimbulkan kemarahan kerajaan Sepanyol yang tak berupaya untuk menamatkan perdagangan haram ini. Pada 1776, kerajaan Sepanyol telah menamakan Buenos Aires sebagai ibunegara Wizurai Río de la Plata yang baru. Ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya perkembangan Buenos Aires sebagai kuasa ekonomi yang penting, untuk menguncupkan pengaruh pihak British dan mengutip cukai atas perdagangan Argentina yang semakin meningkat.

(Rujuk:http://www.city-data.com/world-cities/Buenos-Aires-History.html)

Selepas 20 tahun menikmati perkembangan ekonomi dan stabiliti, wilayah La Plata telah menarik minat pihak British, yang ketika itu berperang dengan Perancis dan Sepanyol. Oleh itu pada 1806 angkatan kapal British menyerang Buenos Aires. Akibat serangan ini, Wizurai Sepanyol Buenos Aires terpaksa meninggalkan bandar ini dan ia telah ditawan oleh tentera British. Tetapi dalam masa yang singkat, iaitu pada 25 Mei 1810, militia awam telah mengusir tentera tersebut keluar dari Buenos Aires. Setahun kemudian, mereka cuba menawan semula bandar raya tersebut tetapi gagal. Namun demikian pada 1882, angkatan kapal British berjaya menawan sebuah kepulauan terpencil yang dipanggil Islas Malvinas milik Argentina. Kepulauan ini kemudiannya dinamakan Kepulauan Falkland yang telah dijajah oleh British sehinggalah kehari ini. Pada hari ini, Revolusi 25 Mei disambut di seluruh negara sebagai hari kemerdekaan Argentina.

[sunting] Penduduk

[sunting] Budaya

[sunting] Bandar berkembar

Negara Bandar raya
Bendera Armenia Armenia Yerevan
Bendera Brazil Brazil Brasília, sejak 2002.
Bendera Brazil Brazil Porto Alegre
Bendera Brazil Brazil Rio de Janeiro
Bendera Brazil Brazil São Paulo
Bendera Kanada Canada Ottawa
Bendera Chile Chile Santiago
Flag of the People's Republic of China China Beijing, sejak 1993.
Bendera Colombia Colombia Bogotá
Bendera Colombia Colombia Medellín
Bendera Croatia Croatia Zagreb
Bendera Republik Czech Czech Republic Prague
Bendera Republik Dominika Dominican Republic Santo Domingo
Bendera Ecuador Ecuador Quito
Bendera Perancis France Paris
Bendera Perancis France Toulouse
Bendera Jerman Germany Berlin, sejak 1994.
Bendera Israel Israel Jerusalem (perjanjian kerjasama).
Bendera Israel Israel Tel Aviv, sejak 1976.
Bendera Itali Italy Cagliari
Bendera Itali Italy Genoa
Bendera Itali Italy Lucca
Bendera Itali Italy Milan
Bendera Itali Italy Naples
Bendera Itali Italy Rome
Bendera Jepun Japan Osaka
Bendera Lubnan Lebanon Beirut, sejak 2006
Bendera Belanda Netherlands Rotterdam
Bendera Paraguay Paraguay Asunción
Bendera Peru Peru Lima
Bendera Poland Poland Warsaw
Bendera Portugal Portugal Lisbon
Bendera Serbia Serbia Belgrade
Bendera Afrika Selatan South Africa Cape Town
Bendera Korea Selatan South Korea Seoul
Bendera Sepanyol Spain Barcelona
Bendera Sepanyol Spain Bilbao
Bendera Sepanyol Spain Cádiz
Bendera Sepanyol Spain Guadix
Bendera Sepanyol Spain Madrid
Bendera Sepanyol Spain Oviedo, sejak 1983.
Bendera Sepanyol Spain Santiago de Compostela, Galicia
Bendera Sepanyol Spain Seville, Andalusia
Bendera Sepanyol Spain Vigo
Bendera Switzerland Switzerland Geneva
Bendera Turki Turkey Istanbul
Bendera United Kingdom United Kingdom London
Bendera Amerika Syarikat United States Miami, Florida, sejak 1993.
Bendera Amerika Syarikat United States State of New Jersey
Bendera Uruguay Uruguay Montevideo

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain