Reid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Reid ialah istilah geologi yang merujuk kepada bahan pepejal yang berubah bentuk melalui aliran likat.

Jenis reid[sunting | sunting sumber]

Hampir semua jenis batu dapat berkelakuan sebagai reid dalam keadaan suhu dan tekanan yang bersesuaian. Misalnya, dipercayai mantel Bumi menjalani perolakan dalam jangka masa yang amat lama. Oleh sebab diketahui bahawa mantel Bumi ialah pepejal (ia mendokong perambatan gelombang seismos), sudah tentunya ia berkelakuan seperti reid. Pada suhu dan tekanan piawai, granit memiliki kelikatan sekitar 4.5×1019 Pa·s [1] jadi ia dikira sebuah reid. Halit, bentuk mineral natrium klorida (batu garam), merupakan sejenis bahan geologi yang berkelakuan sebagai reid buat tempoh masa pendek. Oleh sebab garam ditimbuni endapan lain, ia lazimnya akan mengalir dalam arah sisian kepada bahagian yang mempunyai stres rendah. Kubah garam dan binaan ain terbentuk melalui mekanisme ini. Dalam beberapa tempat, seperti Teluk Mexico, struktur sedemikian sering kali bertindak sebagi perangkap petroleum dan gas asli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kumagai, Naoichi; Sadao Sasajima, Hidebumi Ito (15 February 1978). "Long-term Creep of Rocks: Results with Large Specimens Obtained in about 20 Years and Those with Small Specimens in about 3 Years". Journal of the Society of Materials Science (Japan) (Japan Energy Society) 27 (293): 157–161. Diperoleh pada 2008-06-16. 



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.