Republik Turkestan Timur Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
شەرقىي تۈركىستان جۇمۇھۇرىيىتى
Republik Islam Turki Turkestan Timur atau
Republik Uyghurstan
Negeri satelit bagi China

1933 - 1934

Bendera

Ibu negara Kashgar
Bahasa Uyghur
Agama Islam
Struktur politik Republik perlembagaan Islam
Zaman bersejarah Tempoh antara perang
 - Diasaskan 1933
 - Dibubarkan 1934
Mata wang Syiling tembaga (pul), perak (tanga), emas (tilla) yang dicetak di Kashgar pada 1933 di bawah nama Uyghurstan Jumhuriyetti

Republik Turkestan Timur Pertama (RTT), atau Republik Islam Turki Turkestan Timur (TIRET), atau, Republik Uyghurstan, adalah sebuah negara yang mempunyai hayat singkat yang mengambil pendekatan republik berperlembagaan yang ditubuhkan pada tahun 1933. Ia terletak di tengah-tengah kota Kashgar di mana kini terletak di wilayah Xinjiang yang ditadbir oleh Republik Rakyat China. RTT memiliki penduduk berbilang bangsa seperti Kazakh, Kyrgyz, dan minoriti-minoriti Turkik lain.

Republik Turkestan Timur Pertama dihapuskan dengan penyingkiran Kashgar pada tahun 1934 oleh ketua-ketua puak Hui yang secara teorinya bersekutu dengan kerajaan Kuomintang di Nanjing. Walaubagaimanapun, tinggalannya menjadi aspirasi kepada penubuhan Republik Turkestan Timur Kedua satu dekad kemudian, dan terus mempengaruhi penyokong nationalis Uyghur moden untuk menubuhkan sebuah negara Turkestan Timur merdeka.[petikan diperlukan] Isa Alptekin adalah setiausaha agung bagi Republik Turkestan Timur Pertama.