Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Small Flag of the United Nations ZP.svg
PBB Perhimpunan Umum
Resolusi 67/19
Tarikh: 29 November 2012
Bil. mesyuarat: Pleno ke-44
Kod: A/RES/67/19 (Document)

Undian: Set.: 138 Kec.: 41 Ttg.: 9
Perkara: Persoalan Palestin
Keputusan: Palestin diberikan status negara pemerhati bukan anggota.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19 ialah satu resolusi berkenaan kemasukan Palestin sebagai negara bukan anggota PBB. Ia diterima sesi ke-67 Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 2012, hari Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin (ulang tahun tarikh Perhimpunan Agung menerima Resolusi 181(II)[1] mengenai kerajaan masa hadapan Palestin), dengan itu menaik taraf keanggotaannya daripada entiti bukan-anggota kepada negara bukan-anggota. Ia dicadangkan oleh wakil Palestin di PBB.[2] Walaupun dianggap meluas sebagai simbolik, usul ini diluluskan.[2] Status baharu ini menyamakan Palestin dengan Kota Vatican.[3]

Status baharu tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Baitul Muqaddis Timur dan Genting Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).[4]

Undian[sunting | sunting sumber]

Keputusan undian:
     Menyokong      Menentang      Berkecuali      Tidak hadir      Bukan-anggota

Usul ini dibawah oleh wakil Palestin di PBB.[2]

138 negara anggota menyokong manakala 9 menentang. 41 negara berkecuali dan 5 anggota tidak hadir.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]