Rheinland-Pfalz
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rheinland-Pfalz (Bahasa Inggeris: Rhineland-Palatinate) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Ia mempunyai keluasan sekitar 19,847 km² dan penduduk berjumlah 4 juta orang. Ibu negerinya ialah Mainz.
Nama Rheinland yang bermaksud tanah atau lembah sungai Rhine menandakan kedudukannya di lembah sungai itu. Kata Pfalz pula bermaksud "wilayah kekuasaan kesatria (paladin)". Negeri ini dibentuk pada 18 Mei 1947 daripada dua buah wilayah bersejarah iaitu sebahagian daripada wilayah Rheinland (sebahagian lagi membentuk negeri jirannya Nordrhein-Westfalen) dan juga bekas wilayah Bavaria iaitu Rhenish Pfalz selain beberapa wilayah kecil lain di sekitarnya.