Robert Bunsen
| Kelahiran | 30 Mac 1811 Göttingen, Kingdom of Hanover, Jerman |
|---|---|
| Kematian | 16 Ogos 1899 (umur 88) Heidelberg, Jerman |
| Kediaman | Jerman |
| Kerakyatan | Jerman |
| Bidang | Kimia |
| Alma mater | Universiti Göttingen |
| Penasihat akademik | Friedrich Stromeyer |
| Pelajar terkenal | Adolf von Baeyer Fritz Haber |
| Dikenali kerana | Penemuan radikal kakodil; penemuan sesium dan rubidium. Mencipta penunu Bunsen; sel elektrokimia karbon-zink; kaedah analisis gas; pembanguan analisis spektrokimia |
| Hadiah terkenal | Copley medal (1860) |
Robert Wilhelm Eberhard Bunsen (30 Mac 1811 – 16 Ogos 1899) ialah ahli kimia Jerman. Beliau mengkaji spektrum pancaran elemen yang dipanaskan, dan dengan Gustav Kirchhoff menemui sesium (pada 1860) dan rubidium (pada 1861). Robert Bunsen membangunkan beberapa kaedah analitis gas, perintis dalam fotokimia, dan melakukan usaha awal dalam bidang kimia organoarsenik. Bersama pembantu makmalnya, Peter Desaga, beliau membangunkan penunu Bunsen, penambahbaikan pada penunu makmal yang digunakan dahulu. Anugerah Bunsen–Kirchhoff untuk spektroskopi dinamakan bersempena dengan Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff.