Robert Fico
Robert Fico | |
---|---|
Perdana Menteri Slovakia | |
Memegang jawatan 25 Oktober 2023 | |
Presiden | Zuzana Čaputová |
Didahului oleh | Ľudovít Ódor |
Dalam jawatan 4 April 2012 – 22 Mac 2018 | |
Presiden | Ivan Gašparovič Andrej Kiska |
Didahului oleh | Iveta Radičová |
Digantikan oleh | Peter Pellegrini |
Dalam jawatan 4 Julai 2006 – 8 Julai 2010 | |
Presiden | Ivan Gašparovič |
Didahului oleh | Mikuláš Dzurinda |
Digantikan oleh | Iveta Radičová |
Anggota Majlis Kebangsaan | |
Dalam jawatan 23 Jun 1992 – 4 Julai 2006 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Topoľčany, Czechoslovakia (kini Slovakia) | 15 September 1964
Parti politik | Parti Komunis (1987–1990) Parti Kiri Demokratik (1990–1999) Hala-Demokrasi Sosial (1999–kini) |
Pasangan | Svetlana Ficová |
Anak-anak | Seorang lelaki |
Alma mater | Universiti Comenius di Bratislava |
Tandatangan |
Robert Fico (lahir 15 September 1964) ialah seorang ahli politik Slovak. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Slovakia sejak 2023, sebelumnya dari 2006 hingga 2010 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2018, dalam empat penggal secara tidak berturut-turut. Pada 10 Mac 2012 partinya Hala – Demokrasi Sosial (Slovak: SMER – sociálna demokracia) mendapat 83 daripada 150 kerusi di Majlis Kebangsaan, dengan 44.85% undi, membolehkan mereka membentuk kerajaan majoriti.
SMER mendapat tempat pertama dalam pilihan raya parlimen 2006 namun tanpa majoriti, maka Fico membentuk kerajaan campuran dengan Parti Kebangsaan Slovak pimpinan Ján Slota, dan dengan Parti Rakyat – Geratak untuk Slovakia Demokratik pimpinan Vladimír Mečiar. Dalam pilihan raya 2010, partinya kekal parti terbesar namun rakan-rakannya kalah teruk, menyebabkan Fico mengundur diri.[1] Apabila kerajaan campuran yang menggantikan beliau runtuh pada 2012, SMER mendapat majoriti dalam pilihan raya yang menyusul, membolehkan Fico menubuhkan kerajaan tanpa bantuan.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Slovakia appoints first female premier". Presstv.ir. Dicapai pada 12 Disember 2011.
- ^ "Slovakia's election: Slovakia turns left". The Economist. 11 Mac 2012.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mikuláš Dzurinda |
Perdana Menteri Slovakia 2006–2010 |
Diikuti oleh: Iveta Radičová |
Didahului oleh Iveta Radičová |
Bakal Perdana Menteri Slovakia 2012–kini |
Pemegang jawatan kini |