Ros Mawar Mohd Aris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ros Mawar Mohd Aris ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak Aisyah dalam sitkom Rumah Kedai yang bersiaran di TV3.

Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pelawak, Rosnah Mat Aris.

Ros Mawar Mohd Aris mula meraih kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Aisyah lakonannya dalam sitkom Rumah Kedai yang turut dibintangi bersama oleh Yusof Mohamad, Kartina Aziz, Khatijah Tan, Rosnani Yusof, Sudiro Sukiman dan Harun Salim Bachik. Tetapi pada tahun 1990, Aliza Rafar menggantikan Ros Mawar Mohd Aris untuk musim ketiga sahaja.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siri TV Rumah Kedai (1990)". Arkib Negara X. 30 Julai 2012. Dicapai pada 2 September 2022.