Royalti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Royalti iaalh bayaran berasaskan penggunaan yang dibayar oleh satu pihak ("pemegang lesen") kepada pihak lain ("pemberi lesen") untuk suatu aset yang sedang digunakan, sebagai hak harta intelek. Biasanya, royalti merupakan seperatusan jualan kasar atau bersih yang diperoleh daripada penggunaan aset atau harga tetap seunit barang yang dijual,[1][2][3][4][5][6][7] tetapi ada juga kaedah dan metrik pampasan yang lain. Kepentingan royalti ialah hak untuk mengumpul bayaran royalti tanpa henti pada masa akan datang, seperti yang sering dilaksanakan dalam industri minyak dan industri muzik untuk menetapkan peratusan milikan pengeluaran atau pendapatan masa depan dari pegangan pajak tertentu, yang boleh dilucutkan dari pemilik asal aset itu.[8]

Perjanjian lesen menetapkan syarat-syarat pelesenan sumber atau harta seperti petroleum, bahan galian, paten, cap dagang, dan hak cipta oleh satu pihak kepada pihak lain, sama ada tanpa had atau tertakluk kepada ketentuan syarat, wilayah perniagaan atau geografi, jenis barang, dan sebagainya. Perjanjian lesen boleh dipantau, khususnya jika sumber itu milik kerajaan, ataupun menjadi kontrak persendirian yang mengikuti struktur am. Peruntukan-peruntukan seumpamanya juga ditemui dalam sesetengah jenis perjanjian francais tertentu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Focus: Tax and Intellectual Property – April 2004". Allens Arthur Robinson. Diperoleh pada 2007-09-13. 
  2. "royalty (definition)". law.com. Diperoleh pada 2007-09-13. .
  3. Manual on Technology Transfer Negotiation (A reference for policy-makers and practitioners on Technology Transfer), United Nations Industrial Development Organization, Vienna, 1990, ISBN 92-1-106302-7
  4. Guidelines for Evaluation of Transfer of Technology Agreements, United Nations, New York, 1979
  5. Licensing Guide for Developing Countries, World Intellectual Property Organization (WIPO), Geneva, 1977, ISBN 92-805-0395-2
  6. UNIDO International Workshop on Technology Transfer Negotiation and Plant Level Technology Needs Assessment, 7–8 December 1999, New Delhi.
  7. Dave Tyrrell. "Intellectual Property & Licensing". Vertex. Diperoleh pada 2007-09-14. 
  8. "royalty interest (definition)". Schlumberger. Diperoleh pada 2007-09-13.