Ruang-masa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Analogi dua dimensi herotan ruang–masa. Jirim mengubah geometri ruang dan masa, geometri (melengkung) ini ditafsirkan sebagai graviti. Garis putih tidak mewakili lengkung ruang tetapi sebaliknya mewakili sistem koordinat yang dikenakan ke atas ruangmasa yang melengkung, yang mana akan menjadi garis lurus di dalam ruangmasa yang mendatar.

Di dalam fizik, ruang–masa (atau ruangmasa; atau ruang/masa) ialah apa-apa model matematik yang menggabungkan ruang dan masa ke dalam satu kontinum tunggal. Ruangmasa biasanya ditafsirkan dengan ruang menjadi tiga dimensi dan masa memainkan peranan sebagai satu dimensi keempat yang terhasil daripada susunan yang berbeza daripada dimensi-dimensi ruang. Berdasarkan kepada tanggapan-tanggapan ruang Euclid tertentu, alam semesta mempunyai tiga dimensi ruang dan satu dimensi masa. Dengan menggabungkan ruang dan masa ke dalam satu pancarongga tunggal, ahli-ahli fizik telah memudahkan sebilangan besar teori-teori fizik, selain juga menggambarkan di dalam satu cara yang lebih seragam cara bagaimana kelakuan alam semesta pada kedua-dua aras supergalaktik dan subatomik.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.