Rumah Besar Kinarut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah Besar Kinarut
Tangga batu Rumah Besar Kinarut.
Map
Maklumat umum
StatusDimusnahkan
JenisRumah besar
LokasiKinarut, Sabah, Malaysia
Koordinat5°48′00″N 116°00′29″E / 5.80000°N 116.00806°E / 5.80000; 116.00806Koordinat: 5°48′00″N 116°00′29″E / 5.80000°N 116.00806°E / 5.80000; 116.00806
Pembinaan bermula1910
Disiapkan pada
1911
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
1

Rumah Besar Kinarut (Inggeris: Kinarut Mansion) merupakan runtuhan bekas rumah besar dengan gaya Yunani-Romawi berhampiran Kinarut, Sabah. Di kalangan penduduk tempatan, rumah besar ini dikenali sebagai "Rumah Tuan Simon".[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Serpihan yang tinggal

Bangunan ini dibina oleh seorang lelaki berbangsa Jerman bernama WFC Asimont. Asimont merupakan pengurus ladang getah pertama di Ladang Getah Kinarut, di mana British Society for Manchester North Borneo Ltd berada. Ladang ini ialah yang kedua terbesar di pantai barat Sabah selepas Ladang Sepong dan ia telah dibina pada tahun 1910-1911 dalam kawasan lebih daripada 10 kilometer persegi.

Pada 22 Ogos 1994, ia telah dimasukkan sebagai salah satu tapak sejarah di Sabah.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bekas rumah besar ini terletak di atas sebuah bukit berhutan berdekatan Kinarut di atas Sungai Kawang. Dibina dari tahun 1910 sehingga 1914, ia merupakan salah satu daripada sejumlah kecil rumah batu yang ada di Sabah. Ia dibina daripada bata dengan dinding putih oleh arkitek India, yang menggunakan sekitar 200-300 orang pekerja dari Jawa. Rumah ini dikatakan mempunyai banyak bilik tidur, sebuah bilik rehat, sebuah dapur, pejabat, rumah pekerja dan kandang kuda. Ia turut mencerminkan cara hidup tipikal dalam kalangan pengurus ladang yang lazimnya terdiri daripada orang Eropah pada ketika itu.[1] Rumah itu sendiri mempunyai 45 buah pintu, 152 buah tingkap dan diterangi oleh 42 biji lampu yang besar.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Rumah 'hantu tinggi' bongkar sejarah industri getah Sabah". Berita Harian. Dicapai pada 24 Julai 2017.
  2. ^ "Kinarut Mansion Panorama". Borneo Online. Dicapai pada 7 Januari 2015.
  3. ^ Sokial, Halaman 163, 164, 166

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Richard Nelson Sokial: Colonial Townships in Sabah: West Coast, Kapitel The Kinarut Mansion, Halaman 162–167; Homeland Publisher Sdn Bhd, 2012, Halaman 46, ISBN 978-983-40734-4-2