Rumah hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat daripada kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal. Haba dari cahaya matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.

Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan. Dalam industri asa tani, misalnya, ia dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik yang digunakan pula bekerja sebagai bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan") sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang masuk "dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh keluar bebas daripada rumah hijau ini.

Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan juga untuk tujuan penyelidikan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.