Rumput misai adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rumput misai adam
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Poales
Keluarga: Poaceae
Subkeluarga: Panicoideae
Genus: Themeda
Spesies:
T. arguens
Nama binomial
Themeda arguens
(L.) Hack.

Rumput misai adam (nama saintifik: Themeda arguens)[1] ialah spesies rumput. Ia dijumpai Asia Selatan, Timur Asia, Australia, barat daya kepulauan Teduh dan Karibia.

Ia biasa dijumpai di kawasan yang agak luas dan terbuka termasuk di kawasan yang tidak begitu subur. Di Malaysia, ia boleh didapati di padang yang terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kawasan yang baru dibuka.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Batang dan daun

Rumput misai adam tumbuh tegak dengan tinggi batang antara 20–120 sentimeter (7.9–47.2 in).[2] Lai daunnya datar, memanjang dan berhujung meruncing dengan panjang daun antara 5–30 sentimeter (2.0–11.8 in) dan lebar 4–7 milimeter (0.16–0.28 in)[2]. Ia selalunya tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Pangkalnya mempunyai umbi yang berbulu dan tajam.

Perbungaannya tersusun dalam malai di hujung atau di ketiak, terlindung oleh seludang licin yang berbentuk lanset, panjang 2.5–3.5 sentimeter (0.98–1.38 in).[2] Bunganya dua jantina iaitu mempunyai struktur pembiakan jantan dan betina pada satu bunga.[3] Setiap bunga mempunyai tiga sulur bunga dan dua stigma.[3] Buah spikeletnya elips, hampir bulat torak, 8–10 milimeter (0.31–0.39 in), dan gugur bersama tangkainya.[2] Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Rumput misai adam cukup sesuai dijadikan makanan ternak, terutama yang muda walaupun nilai gizinya tidaklah memuaskan. Akan tetapi, di tempat-tempat kering di mana rumput sukar diperoleh, seperti di Madura, rumput ini sangat berguna.[4]

Orang Jawa Barat menggunakan tumbuhan ini untuk merawat sakit pinggang,[4] sedangkan orang di Malaysia menggunakan akar tumbuhan liar ini untuk bahan penyubur rambut, atau tonik dan membersihkan darah.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "rumput misai adam". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b c d "Themeda arguens". RBG Kew - GrassBase. Dicapai pada 22 April 2014.
  3. ^ a b "Themeda arguens". Inaturalist. Dicapai pada 22 April 2014.
  4. ^ a b Heyne, K. 1987. Tumbuhan Berguna Indonesia I: 200-1. Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. Jakarta. (versi berbahasa Belanda -1922- I: 145-6)