Run BTS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Run BTS
GenreAneka ragam
Dibintangi oleh
BTS
Lagu pembukaan
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan musim3
Bilangan episod143 dan 3 episod khas
Penyiaran
Saluran asalV Live
Siaran asal1 Ogos 2015 (2015-08-01) – kini (kini)
Pautan luar
Laman sesawang

Run BTS (Hangul달려라 방탄; RRDallyeora bangtan; juga ditulis sebagai Run BTS!) ialah siri web aneka Korea Selatan yang dibintangi oleh kumpulan vokal lelaki BTS. Sii ini disiarkan setiap minggu dan telah ditawarkan untuk ditonton secara percuma di V Live sejak 2015 dan di Weverse sejak 2020. Dalam setiap episod, ahli kumpulan bermain sebuah permainan atau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang membolehkan mereka menghadapi cabaran, dan kadangkala melakukan misi rahsia, untuk mendapatkan hadiah atau menerima hukuman.

Musim pertama Run BTS ditayangkan perdana pada 1 Ogos 2015.[1] Sebahagian besar episod ditayangkan pada hari Selasa, kecuali semasa episod BTS Gayo dikeluarkan sebagai gantian. Siri ini direhatkan selama setahun setelah episod 5 Januari 2016. Musim kedua ditayangkan perdana pada 31 Januari 2017.[2] Siri ini mula ditayangkan secara konsisten setiap minggu pada episod 23 Mei 2017. Musim ketiga ditayangkan perdana pada 1 Januari 2019.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, Ga-young (July 31, 2015). 방탄소년단, 8월 1일 'V' 출격…'달려라 방탄' 최초 공개. TV Report (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2021. Dicapai pada January 29, 2021 – melalui Naver.
  2. ^ Park, Soo-jung (January 31, 2017). 'V앱' 방탄소년단, 슈가 여장부터 전교1등 뷔까지..입덕 부른 콩트(종합). Herald POP (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2021. Dicapai pada January 29, 2021 – melalui Naver.
  3. ^ Hwang, Hye-jin (December 26, 2018). 방탄소년단 '달려라 방탄' 시즌3, 1월1일 첫방송 확정 '눈물까지'. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2021. Dicapai pada January 29, 2021 – melalui Naver.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]