SIGHUP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada pelantar-pelantar patuh POSIX, SIGHUP ("signal hang up") ialah isyarat yang dihantar kepada sesuatu proses apabila terminal pengawalnya telah tertutup. Tujuan asalnya ialah untuk memaklumkan sesuatu proses bahawa ada talian sesiri yang terputus. SIGHUP ialah pemalar simbol yang ditakrifkan di dalam fail pengepala signal.h.

Perincian[sunting | sunting sumber]

Nama-nama isyarat simbolik digunakan kerana nombor boleh berbeza-beza dalam pelantar berbeza, tetapi sistem-sistem yang patuh XSI membenarkan angka pemalar 1 dipakai untuk menandakan SIGHUP, yang sebenarnya dipakai oleh sebahagian besar sistem.

SIGHUP boleh ditangani dengan pengatur cara menetapkan tindakan yang ingin diambil apabila menerima isyarat ini, contohnya memanggil fungsi, mengendahkannya, atau kembali kepada tindakan lalai.

Tindakan lalai pada sistem-sistem yang patuh POSIX ialah pemberhentian abnormal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]