SMK Seri Alam 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SMK Seri Alam 2 ialah sebuah sekolah menengah di Bandar Seri Alam. Johor Bahru, Johor. Ia terletak berhampiran dengan SMK Bandar Seri Alam dan SK Seri Alam 2 di Masai. Jaraknya dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ialah 29 kilometer dan jaraknya dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ialah 5 kilometer.

[sunting] Sejarah

Sejarah penubuhan SMK Seri Alam bermula pada awal 2000-an. Berasal dari kawasan seluas 10 ekar yang berbukit-bukau, berpaya dan bertasik, kerja-kerja pembinaan sekolah bermula pada 18 November 2001. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jun 2002. Penyelaras sekolah ini ialah En. Hairuden bin Denan dari SMK Dato’ Penggawa Timur.

Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tn. Haji Ahmad Wagiman, Ketua Sektor SPPK, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) pada 6 Jun 2002. Secara rasminya Tuan Haji Ramli bin Yusof menjadi pengetua pertama pada 16 Jun 2003. Pada peringkat permulaan, bilangan kelas yang dibuka cuma 5 kelas sahaja iaitu kelas peralihan, kelas tingkatan satu, dua dan empat. Bilangan pelajar yang diterima pula adalah sebanyak 150 orang dengan dibimbing 5 orang tenaga pengajar sahaja. Walau bagaimanapun bilangan ini telah meningkat kepada kini 300 orang pelajar dengan 22 orang guru.

Sekolah ini terdiri daripada 6 blok bangunan 4 tingkat yang mengandungi 36 bilik darjah, 6 makmal sains, 2 makmal komputer, 2 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang badminton dan satu dewan terbuka. Dianggarkan sekolah ini boleh menerima sehingga 1200 orang pelajar.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan