Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2
Lokasi
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan

SMK Seri Alam 2 ialah sebuah sekolah menengah di Bandar Seri Alam. Johor Bahru, Johor. Ia terletak berhampiran dengan SMK Bandar Seri Alam dan SK Seri Alam 2 di Masai. Jaraknya dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ialah 29 kilometer dan jaraknya dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ialah 5 kilometer.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan SMK Seri Alam bermula pada awal 2000-an. Berasal dari kawasan seluas 10 ekar yang berbukit-bukau, berpaya dan bertasik, kerja-kerja pembinaan sekolah bermula pada 18 November 2001. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jun 2002</nowiki>

Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tn. Haji Ahmad Wagiman, Ketua Sektor SPPK, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) pada 6 Jun 2002. Secara rasminya Tuan Haji Ramli bin Yusof menjadi pengetua pertama pada 16 Jun 2003. Pada peringkat permulaan, bilangan kelas yang dibuka cuma 5 kelas sahaja iaitu kelas peralihan, kelas tingkatan satu, dua dan empat. Bilangan pelajar yang diterima pula adalah sebanyak 150 orang dengan dibimbing 5 orang tenaga pengajar sahaja. Walau bagaimanapun bilangan ini telah meningkat kepada kini 300 orang pelajar dengan 22 orang guru.

Sekolah ini terdiri daripada 6 blok bangunan 4 tingkat yangengandungi 36 bilik darjah, 6 makmal sains, 2 makmal komputer, 2 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang badminton dan satu dewan terbuka. Dianggarkan sekolah ini boleh menerima sehingga 1200 orang pelajar.Kini pada tahun 2012 50 orang guru dengan 2500 orang pelajar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]