Sabino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seekor kuda berbintik sabino biasa pada perutnya, putih di atas sendi ketingnya, tompok di dagu dan tanda putih yang besar pada muka.

Sabino merupakan corak bintik-bintik putih pada kuda yang mempengaruhi kulit dan bulu. Terdapat banyak corak warna tak sekata yang dikira sebagai sabino. Setepat-tepatnya, "sabino" memaksudkan corak putih yang dihasilkan oleh gen Sabino 1 (SB1) yang boleh diuji DNA-nya. Bagaimanapun, ramai peminat kuda yang menggelarkan "sabino" kepada mana-mana corak yang serupa dengan kesan SB1 walaupun ujian tidak mendapati kehadiran gen tersebut. Oleh itu, penggunaan istilah "sabino" untuk memerikan corak "sabino" bukan SB1 pada baka-baka yang tidak membawa gen tersebut hangat dibahaskan oleh penyelidik dan pembiak baka kuda.

Percorakan sabino dikenal pasti dengan warna kemerahan di hujung tanda putih, bintik perut, tanda muka yang tidak sekata, terutama sekali putih yang menjangkau mata atau hingga dagu, putih di aras paras lutut atau sendi keting, serta tanda-tanda seakan "percikan" atau "renda" pada tubuh badan, tetapi khususnya pada perut. Sesetengah kuda sabino memiliki corak tompok roan di sesetengah anggota badan, terutamanya batang tubuh dan lambungnya. Sesetengah kuda sabino ada sebatang dua kaki gelap, tetapi rata-ratanya putih di keempat-empat kaki. Juga diamati mata biru dan coklat. Di satu hujung spektrum sabino, gen SB1 apabila homozigot boleh menghasilkan kuda yang hampir putih sama sekali dengan kulit yang merah muda atau sedikit berpigmen. Sesetengah bentuk genetik sabino juga difikirkan sebagai sebab yang paling umum untuk kuda berwarna padu "chrome," iaitu istilah yang mungkin memaksudkan kuda yang bertanda putih padu pada muka serta tanda kaki putih yang tinggi. Takrifan yang paling umum diterima bagi sabino mungkin mencakupi kuda yang mempunyai sedikit tanda putih di dagu atau bibir bawah.

See also[sunting | sunting sumber]