Safinah Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustazah Hajah

Safinah Jusoh
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
23 Disember 2002 – 22 Disember 2005
Dalam jawatan
27 Disember 1999 – 26 Disember 2002
Berkhidmat dengan Hassan Shukri
Butiran peribadi
Lahir(1954-03-23)23 Mac 1954
Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu
Meninggal dunia2 September 2016(2016-09-02) (umur 62)
Kampung Paya Datu, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganAwang @ Ibrahim Embong
PekerjaanAhli politik, Guru

Hajah Safinah Jusoh merupakan ahli politik wanita Malaysia kelahiran Terengganu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. Beliau pernah dilantik menjadi ahli Dewan Negara melalui lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 1999 hingga 2006. Beliau merupakan antara lima orang pengasas Institut Berakan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Safinah merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Beliau telah dilahirkan pada 23 Mac 1954 di Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau dikurniakan 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama Ustaz Haji Awang @ Ibrahim bin Embong[1].

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Batu Rakit, Kuala Terengganu. Seterusnya, beliau menyambung pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru. Di peringkat pengajian tinggi pula, beliau meneruskan pengajian ke Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Mengasaskan Institut Berakan[sunting | sunting sumber]

Kecintaan terhadap bidang pendidikan, Cikgu Safinah dan empat sahabat lain, Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Ustaz Abdul Rashid Omar dan Cikgu Raja Endun Raja Abdul Rahman mencapai kata sepakat untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan, iaitu Institut Berakan. Beliau sebelum itu pernah menjadi antara tenaga pengajar di Maktab Adabi, Terengganu. Pada tahun 2014, beliau dilantik untuk sebagai Pengerusi Eksekutif MTT menggantikan almarhum Ustaz Abu Bakar Chik yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada bulan Jun 2014. Beliau memegang jawatan tersebut hingga akhir hayat beliau.

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Safinah telah dilantik menjadi ahli Dewan Negara melalui lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 1999 hingga 2006, ketika PAS berjaya memerintah kerajaan Terengganu pasca-Pilihan raya umum Malaysia 1999

Dalam Parti Islam Se-Malaysia, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu untuk beberapa penggal iaitu 1991-1993, 1993-1995, 2003-2007 dan 2007-2009. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu bermula tahun 2009 sehingga akhir hayat.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2016 (Jumaat), Safinah yang berusia 63 tahun telah meninggal dunia jam 10.15 pagi, akibat kanser payu dara. Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Kampung Paya Datu, Manir[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dalam Kenangan, Cikgu Safinah Jusoh". Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman. 21 September 2016. Dicapai pada 22 Jun 2020.
  2. ^ Hanneeyzah Bariah Baharin (2 September 2016). "Ketua Muslimat PAS Terengganu meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 22 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)