Sakit kepala
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
Seorang mengalami sakit kepala. |
|
| ICD-10 | G43.-G44., R51. |
|---|---|
| ICD-9 | 339, 784.0 |
| DiseasesDB | 19825 |
| MedlinePlus | 003024 |
| ePerubatan | neuro/517 neuro/70 |
| MeSH | D006261 |
Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher. Ia mungkin gejala beberapa keadaan kepala dan leher .[1] Tisu otak sendiri tidak sensitif kepada kesakitan kerana kekurangan reseptor sakit. Sebaliknya, kesakitan disebabkan gangguan struktur sakit-sensitif sekitar otak. Beberapa kawasan di kepala dan leher mempunyai struktur sakit-sensitif ini, iaitu kranium (periosteum tengkorak), otot, saraf, arteri dan vena, tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus.