Salavat Fidai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salavat Fidai
PekerjaanArtis-mikro 
Laman web rasmihttp://www.salavatfidai.com/

Salavat Fidai adalah seorang pengukir yang mengukir bentuk miniatur pada mata pensel. Kini, beliau menetap di Ufa, Rusia.[1] Fidai merupakan seorang peguam yang telah bekerja lebih dari 25 tahun di pejabat. Beliau kehilangan kerjanya semasa krisis ekonomi di Rusia, dan membuat keputusan untuk bekerja sebagai seorang artis pengukir.[2]

Fidai mengambil antara enam dan dua belas jam dalam purata untuk sebuah ukiran, sementara model yang rumit mengambil masa antara dua dan tiga hari secara purata. Beliau mengunakan pisau kecil dan kaca pembesar, bahkan mikroskop untuk perincian terkecil. Beliau mulakan kariernya dengan mengukir potret mini Van Gogh di dalam kotak mancis, dan kemudian melakukan lukisan mini negara-negara di biji labu atau kuaci dan butir beras. Pada tahun 2015, beliau mulai bereksperimen dengan grafit untuk melakukan mikro-ukiran. Orang tuanya adalah artis profesional dan guru sekolah seni yang telah mengajarkan Fidai semua yang perlu diambiltahu. Di sekolah, beliau banyak melukis dan telah mencipta ukiran pertama di dalam kapur.[3]

Pada bulan Oktober 3, 2016, sebuah pameran telah diadakan di King's Cross, London, dan mempamerkan ukiran kereta api miniatur yang dibuat oleh Fidai.[4] Antara 22 April dan 4 Jun 2017, sebuah pameran yang mempamerkan 16 ukiran mikro dari Game of Thrones akan diadakan di Scotts Meter, Singapura.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Isaeva, Ksenia (8 Sep 2015). "10 obsessively detailed tiny sculptures on a pencil lead". www.rbth.com (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Artist Chisels Pencil Tips Into Stunning Sculptures". www.theepochtimes.com (dalam bahasa Inggeris). 14 Mac 2016.
  3. ^ "Pencil artist works in miniature -- and that's the point" (dalam bahasa Inggeris). 4 Mac 2015.
  4. ^ "The world's smallest train exhibition pulls into King's Cross". www.virgintrainseastcoast.com (dalam bahasa Inggeris). 29 Sep 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Game of Thrones - on the tips of pencils". TODAYonline (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]