Salina (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salina
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Konflik
Dibintangi oleh
Sharifah Haslinda
Fahrin Ahmad
Ako Mustapha
Catriona Bahrin Ross
Jalaluddin Hassan
Aida Radzwill
Azean Irdawaty
Lagu pembukaan"Mengapa Harus Cinta" nyanyian Vince Chong
Lagu penutup"Mengapa Harus Cinta" nyanyian Vince Chong
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2004
Kronologi
Rancangan berkaitan
Salina 2

Salina adalah merupakan sebuah drama romantik yang disiarkan di TV3 pada tahun 2004. Dibintangi oleh Sharifah Haslinda, Fahrin Ahmad, Ako Mustapha, Catriona Ross, Jalaluddin Hassan, Aida Radzwill, Azean Irdawaty dan ramai lagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Majlis perkahwinan Salina dan tunangnya, Badly bakal berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi. Namun, disaat akhir Badly menarik diri daripada berkahwin dengan Salina atas alasan dia belum bersedia untuk berkahwin, sedangkan Badly juga kini sedang menjalinkan hubungan sulit dengan Caterina, iaitu adik bongsu Salina. Hal itu membuatkan Salina menjadi marah dan berasa sangat sedih.

Disaat Salina buntu mencari pengganti Badly dan tidak mahu menanggung malu, dia kemudiannya bertemu dengan Kamal, iaitu lelaki tidak dikenalinya yang sanggup menjadi pengganti Badly kelak. Ini disebabkan Kamal juga ingin menyelamatkan syarikatnya yang kini sedang dalam masalah dimana Salina berjanji untuk membantu pulihkan syarikatnya jika dia sudi menjadi bakal suami Salina kelak. Pada mulanya, kedua orang tua Salina tidak bersetuju dengan rancangan Salina yang mengambil Kamal sebagai suaminya. Ini kerana mereka beranggapan Kamal tidak layak untuk jadi menantu mereka disebabkan Kamal berasal dari kampung dan tidak setaraf dengan keluarga mereka. Namun pada akhirnya mereka terpaksa bersetuju apabila Salina menjelaskan bahawa perkahwinan tersebut hanyalah sebuah perkahwinan kontrak selama tiga bulan dan hanya untuk membantu pulihkan syarikat Kamal yang kini sedang dalam masalah. Setelah itu, Kamal akan bakal menceraikannya.

Selepas Salina dan Kamal berkahwin, Badly mula mendekati dan merayu Salina agar kembali ke pangkuannya. Namun bukan mudah apabila Kamal juga kini telah sedang jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Bagaimanakah nasib perkahwinan kontrak Salina dan Kamal? Berjayakah Badly memujuk Salina untuk kembali padanya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Drama ini merupakan drama lakonan terakhir Sharifah Haslinda sebelum beliau mengambil keputusan untuk berehat daripada bidang seni lakonan tanah air. Disebabkan itu, pada tahun 2005 watak Salina bagi sambungan drama ini kemudian dilakonkan oleh pelakon Sabrina Ali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]