Samuel Rizal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samuel Rizal
Kelahiran
Samuel Rizal Arifin

(1980-11-26) 26 November 1980 (umur 43)
Pusat pendidikanSTIMIK Perbanas
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000 - kini
PasanganStevianne Agnecya (k. 2012; c. 2016)
Anak-anakDrucillia Kalea Arifin
Ibu bapaBoetje S Arifin
Wunoy Rolandy Luntungan

Samuel Rizal (lahir 26 November 1980) ialah seorang pelakon lelaki Indonesia. Beliau mula terkenal setelah membintangi filem Eiffel I'm in Love pada tahun 2003.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sejak kecil lagi anak ketiga dari empat beradik ini gemar bersukan terutamanya Bola Keranjang dan telah meraih kejayaan dalam sukan tersebut. Lelaki berdarah Minang, Ambon dan Manado yang memulakan kerjayanya di klub satria muda ini sempat mewakili Indonesia dalam kejuaraan "Three On Three" di Taiwan. Dia juga pernah terpilih sebagai anggota team junior indonesia. Berkat sukan pula, Anak lelaki dari Buetje S Arifin dan Wunay Rolandy Luntungan ini berkenalan dengan dunia lakonan. Ketika itu, dalam sebuah kejuaraan, Samuel ditawarkan untuk menjadi model oleh seorang pelatih bakat. Lelaki yang sempat belajar di STIMIK Perbanas angkatan 2000 ini pun mendapat tawaran berlakon dalam filem Tusuk Jelangkung. Namanya terkenal kerana filem Eiffel I'm in Love yang dibintanginya bersama Shandy Aulia. Berkat filem itu, Samuel mendapat gelaran Most Favourite Actor dalam MTV Indonesian Movie Awards (MIMA) pada tahun 2004. Selepas berjaya dengan filem Eiffel I'm in Love Shandy Aulia dan Samuel Rizal kembali digandingkan dalam Film Apa Artinya Cinta? Yang dikeluarkan Pada Tahun 2005

Selain bermain di filem layar lebar, Sammy juga menembusi dunia lakonan layar. Dia memulakan debut lakonannya di layar menerusi sinetron Vanina dan Vanisa Atau "J".

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Samuel telah berkahwin dengan Stevianne Agnecya pada tarikh 12 Februari 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Drucillia Kalea Arifin pada 29 Julai 2012.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengeluaran
2006 Vanina dan Vanisa Junior Soraya Intercine Films
2010 Terdampar Dani
2011 Anugerah Sammy SinemArt
2012 Karunia Tommy
2013 Yang Muda Yang Bercinta Natan
Berkah Joni
2014 Pashmina Aisha Wira
Catatan Hati Seorang Istri Andre
2015 7 Manusia Harimau Erick Laksana
2021 Jodoh Wasiat Bapak Babak 2 (sebagai bintang tetamu) (Eps 13) Tobali Putra Productions
(Eps 52)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Selingkuh (2007)
  • Cewek Cantik Itu Namanya Sarah (2008)
  • Sekotak Pisang Ponti Untuk Cinta (2009)
  • Buaya Pesta (2009)
  • Cewek, Maafin Gue Donk (2009)
  • He Loves Me, He Loves Me Not (2009)
  • Miscall (2009)
  • Tabrak Lari (2009)
  • Tabrak Lari 2 (2009)
  • Cinta Dua Maya (2013)

Model Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  • Most Favourite Actor MTV Indonesian Movie Awards (MIMA) (2004)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]