Sanfotsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sanfotsi (三佛齊; pinyin: Sānfóqí), juga ditulis sebagai Sanfoqi, ialah negara politi perdagangan yang kaya di Asia Tenggara disebut dalam sumber-sumber China bertarikh dari Dinasti Song sekitar abad ke-12. Pada tahun 1918, George Cœdès menyimpulkan bahawa orang China membentuk San-fo-tsi (Sanfoqi), Fo-ts (Foqi), Fo-che (Foshi), Che-li-fo-che (Shilifoshi), dari perkataan Arab Sribuza dan boleh dieja Śribhoja. Nama-nama tersebut merujuk kepada Empayar Srivijaya yang terletak di Palembang, Sumatera Selatan, sebahagian dari Indonesia kini.[1] Selepas serangan Chola pada tahun 1025, istilah Sanfoqi merujuk kepada kerajaan Melayu, kerana Srivijaya tidak lagi direkodkan sebagai wujud selepas 1030.[2]:398, 405

Catatan[sunting | sunting sumber]

Sanfotsi adalah sebuah negari yang dicatat dalam banyak catatan, kebanyakkannya berasal dari sumber-sumber China seperti Sejarah China, Chu-fan-chi yang ditulis oleh Chau Ju-kua, dan Ling-wai tai-ta oleh Chou K'u-fei.

Tafsiran[sunting | sunting sumber]

Teori sediaada telah menyimpulkan bahawa Sanfotsi adalah Srivijaya. Srivijaya ditulis dalam sumber-sumber China yang lebih lama seperti Shi-li-fo-shi (室利佛逝, juga pendek sebagai fo-shi) adalah bunyi fonetik anggaran tetapi berubah ke San-fo-qi di akhir Dinasti Tang. San bererti "tiga" dalam Bahasa Cina. Justeru, istilah ini boleh dibaca "the three vijayas" (Tiga Vijaya); Hal ini telah dicadangkan bersepadan dengan pengiktirafan China bahawa ia bukan sebuah empayar berpusat di beberapa kali dalam sejarahnya.[3]

Begitu jua dengan beberapa pendapat sejarawan Thai seperti Chand Chirayu Rajani. Walaupun bersetuju dengan penetapan Sanfoqi adalah Srivijaya, mereka bertegas mengatakan bahawa ia merujuk kepada Chaiya di Thailand bukannya Palembang.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Michel Jacq-Hergoualc'h (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). BRILL. m/s. 234. ISBN 9004119736. Dicapai pada 19 July 2015.
  2. ^ Miksic, John N.; Goh, Geok Yian (2017). Ancient Southeast Asia. London: Routledge.
  3. ^ John N. Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300_1800. NUS Press. m/s. 109–110. ISBN 978-9971695743.
  4. ^ Chand Chirayu Rajani (1974). "Background To The Sri Vijaya Story-Part" (PDF). Journal of the Siam Society. 62: 174–211.