Sawan
| Sawan | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
| ICD-10 | G40., I64., P90., R56. |
| ICD-9 | 345.9 |
| P. Data Penyakit | 19011 |
| eMedicine | neuro/694 neuro/415 |
| MeSH | D012640 |
Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan:
Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.
Sawan demam [sunting]
Sawan demam adalah:
- sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 380C.
- ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam.
- pada kebiasaannya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun.
Sebab sawan demam: Demam terlalu tinggi, kebanyakannya berpunca daripada:
- jangkitan bahagian atas salur pernafasan
- atau jangkitan telinga (penyakit otitis media) dan lain-lain.
Jika sawan berlaku melebihi 15 minit, ia boleh mengakibatkan kecacatan otak.
30% sawan demam boleh berulang. Sawan demam juga berkait dengan keturunan. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.
Hanya segelintir kecil kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.
Cara mengenali sawan demam:
- Badan terasa panas.
- Badan dan kaki tegang
- Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan
- Mungkin terjatuh
- Mulut berbuih
- Terbuang air kecil
- Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga juga kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif.
Perkara yang harus dilakukan:
- Lakukan mandi berjelum.
- Tanggalkan pakaian, pakaikan baju nipis sahaja.
- Berikan ubat demam (paracetamol) sebagaimana yang diarahkan
- Pasangkan kipas atau beri peredaran udara yang baik.
Ketika sawan [sunting]
- Anda harus bertenang.
- Mengiringkan badan anak anda
- Jauhi barang-barang merbahayadi sekitarnya
- jangan tinggalkan apa-apa di dalam mulut
- Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
- Sekiranya serangan sawan berpanjangan melebihi 5 minit, bawa anak anda ke klinik dengan segera.
Lihat juga [sunting]
- Epilepsi (sawan babi)