Sayu Yang Syukur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sayu Yang Syukur
PengarahDato Aaron Aziz
Dihasilkan oleh
  • Azmi Jamsari
  • Mohd Atlas (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiKhalid Zakaria
Disunting olehFarah Aizurun
Muzik olehAbdul Rahman
Syarikat
penerbitan
Nusanbakti Production
Diedarkan olehGolden Screen Cinemas
Tarikh tayangan
  • 28 Disember 2023 (2023-12-28) (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 31 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sayu Yang Syukur merupakan filem drama Malaysia 2023 arahan Dato Aaron Aziz. Ia ditayangkan pada 28 Disember 2023.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kepulangan Liyana ke Kuala Lumpur daripada kampung pada suatu senja adalah titik mula kisah tragik hidupnya apabila kereta yang dipandu terbabas ke cerun setelah melanggar tayar yang terjatuh dari lori ketika hujan lebat mencurah. Secara kebetulan Qudaim dan Adam menyedari kereta Liyana yang berada di cerun bergegas turun dan memeriksa keadaan walaupun mereka masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang. Adam mencapai minuman yang telah diletakkan ubat khayal lalu diberikan kepada Liyana. Bagai jatuh di timpa tangga, Liyana yang separuh sedar kerana kemalangan dan mamai dengan air khayal telah dibawa ke sebuah resort maka terjadilah perkara yang memilukan.

Di pejabat Liyana merasa sayu dan buntu kerana selama ini dia adalah individu yang bertanggungjawab membantu dan menasihatkan mangsa-mangsa rogol, tetapi kini situasi itu berlaku pula kepadanya. Tahap keyakinannya menurun dan pelbagai tanggapan muncul di kepala andainya dia disahkan hamil. Nama keluarga di kampung, maruah Yayasan dan nama baiknya pasti tercemar jika laporan polis dibuat dan berita dinodai diketahui. Jefri rakan sepejabat yang selama ini menaruh hati kepadanya pula tetap sabar menagih cinta Liyana tetapi Liyana masih merahsiakan kisah memalukan itu daripada Jefri.

Mampukah hati Liyana terbuka untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang akan berlaku di antara mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]