Raja Ema

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Ema
Gambar Raja Ema 2012
Latar belakang
Nama lahir Raja Ema binti Raja Ibrahim
Kelahiran 26 November 1968 (46 tahun)
Malaysia Pahang, Malaysia
Genre Pop, Electropop, Balada
Pekerjaan Pelakon, Penyanyi, Model
Tahun aktif 1980-an - 1990-an
Label EMI Music Malaysia (1985-1989)

Raja Ema binti Raja Ibrahim adalah seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an. Lagu-lagu beliau cukup popular sekitar era 80an dan sering kali diputarkan di corong-corong radio, antara lagunya iaitu Jejaka Idaman, Pertemuan Ini, Kekasih Sepi, Angan-angan, Sebuah Catatan Remaja dan Mentari Korea. Selain menyanyi, beliau juga merupakan seorang pelakon filem terkenal di era 80an dan awal 90an, antara filem lakonan beliau iaitu Sayang, Mawar Merah, Boss, Queen Control dan Cikgu Romantik. Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau juga telah berlakon sebanyak 7 filem di Indonesia. Ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon.

Permulaan Dalam Penglibatan Dunia Seni[sunting | sunting sumber]

Raja Ema telah pun terkenal sebelum merakamkan satu lagu untuk album pertama beliau, malah beliau juga telah pun menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan pada tahun 1985. Apabila album pertama beliau dipasarkan iaitu Volume 1 ramai yang mengkritik bahawa suara Raja Ema tidak matang tetapi bersetuju lagu Jejaka Idaman cukup sesuai dengan suara manja ketidakmatangan beliau itu.

Kejayaan Sebagai Seorang Penyanyi[sunting | sunting sumber]

Gambar Daripada Album Titik Bermula (1988)

Raja Ema adalah artis pertama secara rasmi yang muncul di rancangan hiburan TV3 Muzik-Muzik pada tahun 1986 untuk lagu Jejaka Idaman, walaupun lagu tersebut cukup popular namun lagu berentak pop tidak begitu mendapat perhatian oleh rancangan tersebut yang lebih cenderung memilih lagu balada. Jejaka Idaman tidak tersenarai dalam juara bulanan.

Raja Ema juga merupaka artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.

Setelah gagal untuk tersenarai dalam Muzik-Muzik 1986 untuk lagu Jejaka Idaman, pada tahun yang sama Raja Ema muncul dengan album kedua iaitu Volume 2. Lagu pertama yang dipopularkan dalam album tersebut iaitu Angan-Angan berjaya tersenarai sebagai juara untuk bulan Januari 1987, namun pada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 1987, Raja Ema tidak dapat mempersembahkan lagu tersebut kerana beliau berada di Indonesia bagi penggambaran filem seram usahasama Malaysia-Indonesia berjudul Pernikanan Berdarah.

Sebagaimana Ella diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagu tema untuk atlit Malaysia bagi Sukan Komanwel 1998 iaitu Standing In The Eye of The World, Raja Ema pula adalah penyanyi pertama yang diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu 'penaik semangat' dan tema untuk atlit Malaysia yang bertanding dalam Sukan Olimpik Seoul 1988 dengan lagu Mentari Korea yang dipetik dari album ketiga beliau berjudul Titik Bermula dan terakhir bersama syarikat EMI.

Raja Ema adalah artis pertama yang dipilih sebagai duta kepada Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) pada tahun 1988. Tahun 1988 Raja Ema berganding dengan Jamal Abdillah menyanyikan lagu iklan Hari Raya EON yang sering disiarkan dikaca TV pada ketika itu. Tahun 1989 juga, Raja Ema bersama dengan Sheila Majid dan Liza Othman terpilih sebagai model iklan sabun Lux.

Album terakhir beliau berjudul Tidakkah Aku Menyintaimu... pada tahun 1989 telah diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Raja Ema sendiri iaitu EMAREC, ia juga menerbitkan album kumpulan Wom. Namun sebuah lagi kumpulan yang dianggotai oleh dua orang remaja tidak dapat diterbitkan kerana masalah undang-undang walaupun semua lagu telah dirakam dan hanya menunggu untuk diedarkan.

Sepanjang Raja Ema dalam bidang nyanyian, beliau mempunyai 4 buah album studio. 3 album bersama dengan syarikat EMI dan 1 album terbitan syarikat beliau sendiri iaitu EMAREC dan diedarkan oleh syarikat ASP (Antartic Sound Production).

Penglibatan Dalam Dunia Lakonan[sunting | sunting sumber]

Raja Ema mula menceburi dalam bidang lakonan apabila beliau ditawarkan untuk berlakon dalam filem Sayang yang merupakan filem pertama lakonan beliau. Di dalam filem itu, menapilkan seorang pelakon bintang rock terkenal negara iaitu Amy Search dan juga merupakan lakonan filem kedua beliau.

Sepanjang pembabitkan Raja Ema dalam bidang lakonan, beliau telah berlakon sebanyak 9 buah filem tempatan. Selain itu juga, beliau telah berlakon sebanyak 7 buah filem usahasama Malaysia-Indonesia menjadikan beliau sebagai pelakon paling banyak berlakon dalam filem usahasama.

Terdapat sebuah filem berjudul Camar Yang Pulang lakonan Raja Ema dengan Along Kamaruddin pada tahun 1991 yang telah siap tetapi tidak ditayangkan. Sebuah drama lakonan bersama Jalil Hamid yang mana Raja Ema memegang watak wanita buta yang boleh melihat semula setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Jalil Hamid, juga belum ditayangkan di kaca televisyen hingga kini. Dalam penggambaran filem Sumpah Berdarah (1990) di Indonesia Raja Ema terpaksa di bawa ke hospital apabila beliau tercedera ketika menunggang motosikal.

Selain filem, Raja Ema pernah berlakon dalam sitkom iaitu pada tahun 1989 yang menggantikan Ziela Jalil di dalam sitkom Hafsham 2+1, namun kehadiran Raja Ema tidak disenangi oleh ramai penggemar sitkom tersebut kerana mereka mengatakan Raja Ema tidak pandai berlakon komedi. Selain itu juga, Raja Ema pernah berlakon dalam 2 buah drama yang pernah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1990-1991 dan sebuah drama bersiri Rumah Kedai pada tahun yang sama. Raja Ema pernah berlakon di dalam 2 buah teater iaitu Rumahku, Syurgaku pada tahun 1991 dan Masak-Masak pada tahun 1992. Teater Rumahku, Syurgaku telah ditayangkan secara langsung oleh RTM dan telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri sekarang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Tahun 1991 juga Raja Ema berlakon dalam drama terbitan RTM berkisar tentang kehidupan P.Ramlee. Raja Ema memegang watak Mariani manakala Melissa Saila sebagai Saloma. Raja Ema sempat mempersembahkan lagu Malam Pesta Muda Mudi untuk drama ini.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pernikahan Berdarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia mendapat liputan meluas daripada pihak media yang menggembar-gemburkan adegan ranjang beliau bersama pelakon Indonesia Willy Dozan. Dalam kenyataan itu, bahawa Raja Ema dirogol 3 kali dalam filem tersebut. Pihak media menulis yang Raja Ema merasa kecil hati dengan kenyataan Fauziah Ahmad Daud bahawa beliau menolak tawaran berlakon dalam filem Pernikahan Berdarah kerana banyak adegan ranjang dan seksi yang keterlaluan dalam filem tersebut. Namun Raja Ema menyatakan semua adegan yang dilakonkan beliau dalam filem Pernikahan Berdarah tidak keterlaluan malah semasa penggambaran Raja Ema sentiasa ditemani oleh ibunya. Fauziah Ahmad Daud pula berkata beliau menolak filem tersebut kerana ia memerlukan beliau berlakon sebagai gadis belasan tahun.

Persengketaan antara Raja Ema dan Fauziah Ahmad Daud nyata tidak benar apabila mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika Pesta Filem Malaysia 1988 yang mana Raja Ema memenangi anugerah Pelakon Harapan untuk filem Mawar Merah manakala Fauziah Ahmad Daud memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Puteri.

Selain itu juga, persengketaan diantara Raja Ema dengan Erma Fatima untuk mendapatkan Badaruddin Azmi (suami Erma kini) berlaku pada tahun 1989 apabila Erma dikatakan cuba memikat Badar yang pada ketika itu sedang bercinta dengan Raja Ema malah telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 1987 lagi ketika Badar menjadi jurugambar bagi filem Mawar Merah. Namun Raja Ema menafikan bercinta dengan Badar dan hanya menganggapnya sebagai kawan.

Liputan media terhadap Raja Ema memuncak pada tahun 1992 setelah beliau dikatakan akan berkahwin dengan seorang kerabat di raja. Akhirnya spekulasi tentang hubungan Raja Ema dengan seorang kerabat tersebut berakhir apabila kedua-duanya membuat penafian secara rasmi di suratkhabar Utusan Malaysia yang disiarkan si muka hadapan dada akhbar tersebut.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, Raja Ema tiba-tiba mengumumkan akan berkahwin dengan penyanyi nusantara Sheqal tanpa sebarang gossip percintaan antara mereka tersiar di majalah ataupun akhbar sebelum itu. Raja Ema kini dikurniakan dua orang anak lelaki dan telah bercerai dengan Sheqal dan kini berumahtangga sebagai isteri kedua kepada seorang lelaki yang masih belum diketahui identitinya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem Tempatan[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul Peranan Nota
1987 Sayang Pelakon Utama
1987 Mawar Merah Pelakon Utama
1989 Antara Dua Hati Pelakon Pembantu
1990 Sejati Pelakon Utama
1991 Boss Pelakon Utama
1992 Queen Control Pelakon Utama
1992 Sahabat Pelakon Utama
1993 Cikgu Romantik Pelakon Utama
1993 Tarik-Tarik Pelakon Pembantu

Filem Indonesia[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul Peranan Nota
1987 Pernikahan Berdarah Pelakon Utama
1988 Omong Besar Pelakon Pembantu
1988 Jodoh Boleh Diatur Pelakon Pembantu
1989 Sepasang Mata Maut Pelakon Pembantu
1989 Kipas Kipas Cari Angin Pelakon Utama
1989 Cinta Berdarah Pelakon Utama
1989 Api Cemburu Pelakon Utama

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Raja Ema juga telah mendapat beberapa anugerah melalui bidang lakonan:

Rujukan[sunting | sunting sumber]