Seiji Ozawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seiji Ozawa

Seiji Ozawa 小澤征爾 (lahir 1 September, 1935) ialah seorang konduktor opera dan orkestra dari negara Jepun. Beliau terkenal dengan interpretasinya dalam muzik berskala besar terutamanya untuk muzik era romantis.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ozawa dilahirkan di Hoten (Shenyang), Manchukuo. Beliau belajar di Sekolah Muzik Toho di Tokyo dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1959. Beliau kemudian pergi ke Eropah untuk melanjutkan pengajian muzik. Di eropah, beliau dipilih oleh Charles Munsch untuk belajar muzik di Amerika Syarikat di Berkshire Music Center (kini Tanglewood). Beliau juga berjaya meraih biasiswa untuk menuntut di bawah konduktor muzik terkenal, Herbert von Karajan. Pada tahun 1961, Ozawa dilantik untuk menjadi pembantu konduktor di Orkestra Filharmonik New York bersama Leonard Bernstein. Beliau juga dilantik menjadi pengarah muzik untuk Simfoni Orkestra Toronto dari tahun 1965 hingga 1970, untuk Simfoni Orkestra San Francisco dari tahun 1969 hingga 1976 dan Simfoni Orkestra Boston dari tahun 1973 hingga 2002. Sejak 2002, beliau juga adalah pengarah muzik untuk Vienna State Opera.

Ozawa merupakan seorang penyokong kuat muzik klasikal abad ke-20 dan telah memimpin beberapa orkestra pembukaan opera untuk opera gubahan Gyorgy Ligeti berjudul San Francisco Polyphony pada tahun 1975 dan juga opera gubahan Olivier Messiaen berjudul Saint François d'Assise pada tahun 1983.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • "Seiji: An Intimate Portrait of Seiji Ozawa" (Kulit Tebal) oleh Lincoln Russell dan Caroline Smedvig ISBN 0-395-93943-7

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Walter Susskind
Pengarah muzik, Toronto Symphony Orchestra
1965–1969
Diikuti oleh:
Karel Ančerl
Didahului oleh
Claudio Abbado
Pengarah muzik, Vienna State Opera
2002-kini
Diikuti oleh:
-