Sekolah Menengah Kebangsaan Slim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Slim
smk slim digital badges
smk slim digital badges
Alamat
Jalan Melati, Taman Seroja, 35800 Slim River, Muallim, Perak Darul Ridzuan.
35800, Slim River,, 35800, Muallim, Perak Darul Ridzuan Perak
Malaysia Malaysia
Maklumat
Nama lainsms
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerusaha, Berilmu, Berbakti
Ditubuhkan (1984-01-01) 1 Januari 1984 (umur 40)
Autoriti pendidikanPPD Muallim
SesiSesi Pgi
Nombor sekolah+605-4528926
Kod sekolahAEAA002
Pengerusi PIBGTn Haji Suhaimi bin Mat Said
Tenaga pengajar61
Jumlah penuntut624
Bahasa pengantarBahasa Melayu
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Mohd Azali Bin Maarof
Penolong Kanan KokurikulumEn.Amran Bin Marhamdan
Faks+605-4520514


Sekolah Menengah Kebangsaan Slim atau nama ringkasnya SMK Slim, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Taman Seroja, Slim River, Perak. Penduduk di sekitar kawasan Slim River mengenali sekolah ini dengan singkatan SMK Slim atau SMS.

Visi & Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


BERGERAK SEDERAP MENUJU KECEMERLANGAN

SMS AWESOME

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984 dan telah memulakan sesi pengajiannya pada tarikh tersebut. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Slim, Slim River. Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 1,538,000.00. Bangunan sekolah ini terletak di atas tanah seluas 22 ekar di Barat Daya pekan Slim River.

Sekolah ini dibina untuk menampung kesesakan tempat pengajian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Mohammad) kerana pertambahan pelajar di sekolah tersebut yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Pada hari pertama sekolah ini dibuka, sebanyak 8 buah kelas telah diwujudkan, iaitu 2 kelas Tingkatan Satu dan 6 buah kelas Tingkatan Peralihan. Pada 13 Mac 1984 dua buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan dan pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Slim River.

Guru-guru pada hari pertama sekolah ini dibuka ialah:

Nama Guru Jawatan Tarikh Mula Berkhidmat di SM Slim
En. Kamaron bin Kilau Pengetua 1 Januari 1984
En. Ali bin Abdul Hamid Guru
En. Shaharom bin Ismail
En. Ahmad Nazri bin Abdul Ghani
Pn. Loo Siat Lee
Pn. Saraswathy a/p Munusamy
Cik Khairunnisa binti Mydin
Cik Maznah binti Masyhur
Cik Siti Salwa binti Ahmad
En. P. Kandasamy


Kakitangan sekolah terdiri daripada:
10 orang guru ( termasuk pengetua)
Seorang pegawai kerani
Seorang pembantu makmal
3 orang pekerja am
Seorang jaga

Bilangan dan taburan pelajar pada hari pertama sekolah dibuka adalah seperti berikut;

Kaum Bilangan (orang) Jumlah (orang)
Melayu 120 388
Cina 138
Lain-lain 130

Dari segi fizikalnya, sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan bertingkat tiga, satu blok bangunan bengkel Seni Perusahaan, sebuah kantin, dan sebuah tempat letak basikal. Sebuah bangunan yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah astaka sukan dibina pada tahun 1989.

Kini SMK Slim mempunyai;

25 buah bilik darjah
3 buah makmal sains
2 buah makmal Komputer
Sebuah makmal Fizik
Sebuah makmal Kimia
Sebuah makmal Biologi
Sebuah makmal ERT
Sebuah makmal KMT
Sebuah makmal masakan
Sebuah pejabat
Sebuah bilik guru
Sebuah surau
Sebuah bilik seni
Sebuah Pusat Sumber Sekolah
Sebuah bilik Lukisan Kejuruteraan
Sebuah bilik sakit
Sebuah bilik PAK-21
Sebuah bilik peperiksaan
Sebuah bilik Kaunseling
Sebuah kantin
Sebuah Astaka
8 buah tandas
2 blok Asrama
1 blok Dewan Makan (E-Learning)
1 blok Pendidikan Khas
1 buah bilik kuasa
5 buah bilik stor
2 buah bilik SPBT
5 buah pondok

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah SMK Slim

Mari kita bersama
Menuju cita-cita
Untuk membangun negara
Tekun kita berjaya

Berusaha dan berilmu
Berbakti pada nusa
Hidup kita kan bahagia
Negara maju jaya

Janganlah kita berputus asa
Usaha terus usaha
Penuhi ilmu di dada kita
Tumpah bakti setia

Guru dan ibu bapa
Sentiasa dihormati
Menjunjung rukun negara
Hidup aman sentosa

Pencipta: Tuan Haji Hussein bin Shaharudin
(Bekas Pensyarah UPSI, Tanjung Malim)

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

smk slim digital badges
smk slim digital badges


LAMBANG 3B
Mewakili perkataan "BERUSAHA , BERILMU, BERBAKTI"

BULATAN KECIL DALAM 3B
Melambangkan 3 kaum terbesar di Malaysia

BUKU DI TENGAH-TENGAH
Merupakan lambang pengetahuan

BENTUK KOMPUTER
Bererti sains dan teknologi

API YANG MENYALA
Menunjukkan semangat dan kegigihan

WARNA PADA LENCANA
Kuning: Bangsa yang beraja dan berdaulat
Hijau: Rakyat yang beragama
Oren: Kesungguhan dan kerajinan


Dicipta Oleh: Pn. Loo Siat Lee, En. Ali bin Abdul Hamid & En. Shaharom bin Ismail
(Guru-guru SMK Slim, 1984)

Lokasi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pelan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Senarai Kelas-kelas SMK SLIM[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Sekolah Kebangsaan Kuala Slim
Fail:Sekolah Kebangsaan Kuala Slim.jpg
Lokasi
Kampung Kuala Slim,, Batang Padang, 35800, Slim River,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah054520072
Kod sekolahABA0026
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kuala Slim atau nama ringkasnya SK KUALA SLIM, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kuala Slim, 35800 Slim River.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Slim
Kampung Kuala Slim,
35800, Slim River
Perak , Malaysia
Telefon = 054520072
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]