Slim River

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal usul nama Slim River diambil dari dua perkataan Inggeris bermaksud "Sungai Sempit". Hal ini disebabkan British telah menamakan kawasan ini dahulu berikutan keadaan sungai dikawasan ini yang sempit.[1]

Nama kampung berdekatan Slim River[sunting | sunting sumber]

Kampung Kuala Slim Berjarak 7 km daripada Pekan Slim River terdapat sebuah pekan kecil iaitu Kampung Kuala Slim, Kampung Jaya.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Slim River boleh dicapai melalui pengangkutan jalan raya dan pengangkutan keretapi. Terdapat Lebuhraya Utara-Selatan dan Laluan Persekutuan Malaysia 1 ke Slim River. Selain itu, Stesen Bas Slim River dan Stesen Keretapi Slim River juga berkhidmat untuk bandar ini.

Kemudahan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dari segi pendidikan, antara sekolah yang terdapat di kawasan ini ialah:

  1. Sekolah Kebangsaan Kuala Slim
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Slim River
  3. Sekolah Kebangsaan Balun Slim River
  4. Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki, Slim River
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Balun
  6. Sekolah Kebangsaan Pos Bersih
  7. Sekolah Kebangsaan SLIM VILLAGE
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Zulkifli Muhammad
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
  11. Kolej Vokasional Slim River
  12. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hua, Perak
  13. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Slim River

Kesan sejarah[sunting | sunting sumber]

Slim River adalah tempat berlakunya pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu iaitu ketika Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Latar belakang Tanjong Malim, Laman web rasmi Majlis Daerah Tanjong Malaim.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.