Sekolah Agama Menengah Nurul Iman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Menengah Nurul Iman
Lokasi
Kampung Bukit Cherakah,
Klang
,
 Selangor


 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah Kerajaan, SABK
MotoBerilmu,Beriman,Beramal
Nombor sekolah03-33931066
Kod sekolahBFT0003[1]
Pengerusi PIBGEn Idris Bin Hj. Jumangain
PengetuaTn Hj Mohamad Rahman Bin Sulaiman P.P.T
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Kalsum Binti Sidek
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Suhaimi Bin Mohd Salleh
Penolong Kanan KokurikulumPn Hjh. Alifah Binti Iksan
Faks03-33926054
Laman sesawang


Sekolah Agama Menengah Nurul Iman atau nama ringkasnya SAM Nurul Iman atau SAMNI , merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Kampung Bukit Cherakah.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Nurul Iman memiliki 187 pelajar lelaki dan 221 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 408 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Nurul Iman terletak di antara Mukim Petaling dan Mukim Klang. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) harian (bukan berasrama penuh). Sekolah ini pada asalnya adalah sebuah pondok pengajian yang telah diasaskan oleh seorang pendakwah bebas Dr. Tunggul Wahidin. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama “Raudah At-Tarbiyyah Al-Islamiyah Nurul Iman (Taman Pendidikan Islam Nurul Iman -TPINI).

Pada 15 Disember 2003, TPNM kemudiannya, telah ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Nurul Iman apabila pentadbiran dan pengurusan sekolah diambil alih oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pihak JAIS telah menempatkan 3 orang kakitangannya iaitu Pengetua; Almarhum Tn. Hj. Mohamad Asimoni B. Hj. Ehsan, Guru Penolong Kanan Akademik; Almarhum En. Mhd Shuib B. Saimin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Pn. Hjh. Anizah Bt. Ayob untuk menyusun Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah yang baru.


7 Januari 2004, seramai 36 orang murid baru telah mendaftar dan kelas yang diwujudkan pada ketika itu hanya 7 buah sahaja dan tiada prasarana seperti pusat sumber, makmal sains dan bengkel KHB.


Pada 24 Disember 2005, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan kesemua 23 buah sekolah agama menengah di Negeri Selangor termasuk SAMNI, diserap ke KPM yang kemudiannya dikenali sebagai kolompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM.


Rentetan daripada MoU tersebut, SAMNI, sedikit demi sedikit mula menerima bantuan bagi membina prasarana-prasarana seperti pusat sumber, makmal sains dan bengkel KHB.


Tahun 2008, operasi pembinaan bangunan baru telah bermula. Bangunan baru yang telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2010 ini terdiri daripada 2 buah blok 3 tingkat dan menyediakan premis seperti pejabat, bilik guru, makmal sains, bengkel KHB, bilik gerakan, bilik kaunseling, dan bilik BOSS.


Pada 01 Januari 2011, bangunan baru sekolah telah sedia untuk digunakan. Bangunan baru ini membolehkan SAMNI menerima lebih ramai murid dan guru. Waktu itu, SAMNI mempunyai enrolmen murid seramai 487 (sehingga Nov 2011) dan terdapat seramai 45 orang guru (sehingga Dis 2011) dan diterajui oleh Pn. Hjh. Asmawati binti Ahmad Ishak iaitu Pengetua ketiga berkhidmat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (01 Julai 2011 - 2013) setelah menggantikan Hj. Samsori bin Yosok (Julai 2007 - Julai 2011).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Nurul Iman
Kampung Bukit Cherakah
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-33931066
Fax = 03-33926054
Website = samnisabk@weebly.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]

== Pautan luar ==* Sekolah Agama Menengah Nurul Iman