Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching
Lokasi
 Malaysia Jalan Hj. Ariffin, 86900, Endau,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077943548
Kod sekolahJBC4001
Faks6077943548
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching atau nama ringkasnya SJK(C) Chiao Ching, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Hj. Ariffin.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching memiliki 300 pelajar lelaki dan 241 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 541 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chiao Ching merupakan sebuah sekolah cina yang diasaskan oleh masyarakat cina pada 4hb April 1932. Sekolah ini bertujuan untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak masyarakat cina setempat, yang pada masa itu merupakan peneroka di sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai Endau.

Maksud perkataan “Chiao Ching” dalam bahasa cina ialah “Bersama-sama mendirikan pendidikan, bersama-sama menghargainya”.

Antara tokoh-tokoh terawal yang berjasa dalam mengasaskan sistem pendidikan cina di Endau ialah Encik Wu Zhang Kang, Encik Pan Bao Ming, Encik Xie Du Jie, Encik Xu Ming Yan serta beberapa orang tokoh yang lain.

Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, sebuah rumah kediaman kampung yang terletak di Kampung Tanjung telah disewa untuk dijadikan sebagai bangunan sekolah. Guru besar pertamanya ialah Encik Heng Huang Jun Sheng dan hanya terdapat kira-kira enam orang murid sahaja yang menerima pendidikan pada masa itu. Bilangan tersebut telah bertambah sehingga 30 orang menjelang tahun 1963.

Tetapi malangnya, sesi persekolahan terpaksa ditutup sekitar tahun 1942 1945, iaitu semasa zaman penjajahan tentera Jepun. Selepas tentera Jepun mengundur dari Tanah Melayu pada tahun 1946, sekolah ini telah dibuka semula. Sekolah ini telah dipindahkan ke lokasi baharu untuk kali ketiganya. Sebuah rumah kedai telah disewa untuk dijadikan bangunan sekolah yang baharu, iaitu di 108, Jalan Mohd Ali. Pada masa itu, sekolah Chiao Ching telah mempunyai 100 orang murid.

Bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah dari setahun ke setahun, Encik Chia Chang dan Encik Chia Yong Kao telah menderma sebidang tanah yang seluas 1.7 hektar yang terletak di pinggir pekan Endau untuk didirikan tapak bangunan sekolah. Oleh yang demikian, sekolah ini telah berpindah ke tapak sekarang, iaitu jalan Haji Ariffin pada tahun 1956. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengutip dana bagi tujuan pembinaan sekolah ini. Masyarakat cina pada masa itu telah berjaya mengutip derma sebanyak RM 20,000.00 untuk membina sekolah baharu yang mana memberikan harapan yang baharu kepada anak-anak masyarakat setempat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching
Jalan Hj. Ariffin
86900, Endau
Johor, Malaysia
Telefon = 6077943548
Fax = 6077943548

Pautan luar[sunting | sunting sumber]