Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gunong Hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gunong Hijau
Lokasi
 Malaysia Gunung Hijau, 31550, Pusing,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052881217
Kod sekolahABC2131
Faks6052885181


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gunong Hijau atau nama ringkasnya SJK(C) Gunong Hijau, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Gunung Hijau iaitu kira-kira 18km dari bandaraya Ipoh.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gunong Hijau memiliki 305 pelajar lelaki dan 282 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 587 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal bagi sekolah ini ialah Kong Hon Kok Ming Public Primary (Chinese) School, Pusing dan ditubuh pada tahun 1907. Pada masa itu, sekolah ini merupakan sebuah kelab untuk ahli-ahlinya membaca suratkhabar. Beberapa orang ahli kelab telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah sekolah untuk mendidik muda-mudi di pekan Pusing degan Encik Fong Foo Yee selaku Guru Besar dan Encik Loh See Chuan selaku Penolong Kanan. Mereka telah dibantu oleh guru-guru yang bernama Encik Chew Wai Ming, Lee Hon Ming, Kok Kam Fong, Chen Hon Kuen dan lain-lain.

Pada tahun 1941, sekolah ini terpaksa ditutup ketika perang dunia kedua.

Pada 5 November 1945, sekolah ini dibuka semula dengan kerjasama Encik Chong Kee Yew dan Encik Fang Chong Fook. M ereka juga telah bersetuju untuk mengabungkan sekolah ini dengan Sekolah Yit Chee di bawah nama Sekolah Yit.

Pada tahun 1952, rumah-rumah di kawasan Pusing telah diperintahkan beratur semula. Dengan ini, sebuah kawasan perumahan baru telah dilahirkan di Pusing. Oleh kerana sekolah ini terletak berhampiran dengan kampung Pusing, maka Ketua Nazir Sekolah-sekolah Cina, Encik Wong Foo Wen dan Encik Ford, Pengawai Perumahan Baru Perak telah bersetuju untuk membahagikan sekolah ini dan dinamakan semula sebagai Sekolah Rendah Gunong Hijau, Pusing, Perak.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

椰风习习 橡荫盈盈

锡米灿烂 裕我民生

缅怀先哲 刻苦经营

喜洲益智 弦诵同声

创业非易 更重守成

况兹新纪 科学竞争

进德修业 精益求精

勖我多士 齐赴前程

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gunong Hijau
Gunung Hijau
31550, Pusing
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052881217
Fax = 6052885181

Pautan luar[sunting | sunting sumber]