Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya
Lokasi
Teluk Sengat, 81940, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6078952268
Kod sekolahJBC3008
Faks6078952268


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya atau nama ringkasnya SJK(C) Nan Ya,哥打丁宜南亚学校 merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Telok Sengat.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya memiliki 19 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 34 orang. Ia mempunyai seramai 4 orang guru.2009

Pada tahun 2015, jumlah murid menuntut ialah 16 orang sahaja. ia merangkumi 6 lelaki dan 10 perempuan. Tenaga pengajar sekolah pula ialah 12 orang termasuk seorang guru pendidikan islam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1928 oleh pelapor En. Lu Kah Wuan dan En. Wei Soo Sek dan rakan-rakannya dengan nama sekolah Sekolah Rendah Cina Ming Chee. Pada awalnya, ia mempunyai 2 orang guru, 2 buah bilik darjah dan 10 orang murid yang bertempat di tepi Sungai Johor, Pantai Timur.

Pada tahun 1947, En. Ng Ah Ling dipilih menjadi pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah dan En. Phua Joo Chiang menjadi naib pengerusinya. Guru besar pada masa itu ialah En. Goh Chuan Huat. Jumlah bilangan murid pada masa itu sebanyak 70 orang.

Pada 10 Januari 1954, bangunan sekolah baru dirasmikan dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Cina Nan Ya, Teluk Sengat dengan mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah dewan dan 2 deret rumah guru. Waktu itu, Guru Besar ialah En. Khoo Lai Heng.

Pada 1 Januari 1958, gaji-gaji guru sekolah dibayar oleh kerajaan dan mulai dari tarikh itu, Jemaah Pengurus Sekolah Nan Ya telah menyerahkan tugas pembayaran gaji guru kepada Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Januari 1962, Sekolah Nan Ya telah ditukar kepada nama SRJK (C) Nan Ya, Teluk Sengat. Pada 12 Disember 1973, PIBG sekolah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh En. Ng Tang Tiang.

Pada 16 Jun 1997, Pelancaran Sekolah Wawasan dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pada tahun 2015, Pentadbiran SJK (C) Nan Ya diketuai oleh Encik Ching Yun Ming.

Sekolah SJK (C) Nan Ya mempunyai kekuatan seramai 11 orang guru bersama seorang Pembantu Tadbir.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya
Telok Sengat
81940, Kota Tinggi
Johor, Malaysia
Telefon = 078952268
Faks = 6078892268

Pautan luar[sunting | sunting sumber]